Sunday 26 March 2017

Ingat kan Parsi rupenye kampung...

Sekejap je masa  rasa nya kan hari ni ahad  dah, esok isnin  kerja time malas je rase ....hari ni aku rembat blog Bini aku ,saja nak belajor merepek di blog ni he he...

Ni  nak cerita pasal 2 ekor budak yang ade dekat rumah ni perangai yang betina  mengalahkan jantan panjat almari ,panjat ikut tingkap kalau rumah bawah tak ape la nak panjat ikut mane pun ,ni tingkat 4 ko rase...salah step ke bawah jawapnye.

Jantan pulak adoi pemalas dan penakut ya ampun..nak panjat meja makan yang tak berapa nak tinggi tu pun azab tengok nye..kalau bab terkejut bagi die bunyi pelik sikit pun dah tak tentu  hala  .

Alkisah nye  ambil 2 ekor budak ni dari incharge yang dah nak pindah ke semenanjung umur lebih kurang 2 bulan mase  tu .Mak nye  kucing parsi  hidung  penyet tu tapi 2 ekor tu memang ikut baka  bapanye kucing kampung..

         Hari pertama 2 budak ni dengankami

Masa  incharge Tanya "wei aka hang nak tak anak Mimi" Mimi tu nama Mak budak 2 ekor tu aku pun ok  la sebab Kucing Parsi  kan sekali masa  nak ambik adoi tak ikut pun Parsi  macam Mak nye... 

Tapi  kucing ni tak kira ape jenis  pun memang akan buat kite sayang  dekat diorang ..perangai nakal diorang tu yang tak boleh nak tahan geram memang geram tapi kelakor pun ade..

Harap 2 ekor ni terus sihat macam tuan dengan Puan die..nanti ade free kite cerita lagi pasal 2 budak ni...

Ni gambo  paling latest


Wednesday 8 March 2017

5 tips kurus dengan mudah dan sihat

Cepatnya masa berlalu beberapa bulan lagi dah nak puasa lepas tu raya la pula. Lazimnya dah nak raya ni ramai yang pasti berazam nak kurus. Nak tampil selim melim di pagi hari raya dengan baju baru lah katakan.

Tapi korang hati-hati yer jangan nak kurus sampai membahayakan kesihatan sendiri pula. Biar lambat kurus asal tak memudaratkan atau beri kesan negatif pada diri.

Meh saya nak share sikit tips mudah untuk kurus, moga dapat membantu awak-awak yang dalam usaha untuk kurus tu. GOODLUCK GUYS!!

1. Minum air kosong secukupnya
Siapa yang jarang-jarang sangat minum air kosong tu cuba amalkan minum air kosong secukupnya. Yang biasa disarankan pada kita 8 gelas sehari. Tapi lebih mudah juga kita anggarkan 25kg : 1 liter air kosong. Mula-mula memang payah nak minum tapi jika dah terbiasa akan jadi mudah je. Cuba tau!!

2. Mandi pagi sebelum subuh
Banyak sangat manfaat mandi sebelum subuh ni, antaranya meransang penurunan berat badan. Tak percaya? Korang cuba dulu konsisten hari-hari mandi pagi sebelum subuh.

3. Senaman
Bersenam pun sangat penting untuk kurus. Korang tak takut ke jika dengan mudah boleh kurus tanpa senaman?? Luangkan masa untuk tingkatkan aktiviti harian dengan berjalan, berjoging, berzumba, menari seorang diri dalam bilik, di rumah pun boleh. Ini semua cara menguruskan badan dengan sihat dan selamat.

4. Kawal nafsu makan
Ini mungkin cabaran paling sukar! Yela kita semua ni kan suka makan, jadi nak kawal nafsu makan memang bukan sesuatu yang mudah. Makan bila perlu, kerap dan lebih kecil bahagiannya setiap kali makan. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Jika tidak nanti tersangat lapar bila waktu makan tengahari. Habislah semuanya dibedal nanti, betul tak?

5. Pengambilan suplemen
Yang ni saya cadangkan untuk set kurus bajet ambillah Alfalfa + Lecithin. Tapi kenalah konsisten makan tau, beri peluang pada badan untuk serasi dengan sesuatu produk dalam masa 3-6bulan. Suplemen shaklee ni bukan ubat kurus, tapi vitamin yang membantu untuk kurus dan beri kesihatan yang lebih baik.

Bagaimana Alfalfa & Lecithin bertindak membantu mereka yang nak kurus??

Lecithin (Bakar)
✔ Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan boleh badan tetapi ianya sangat diperlukan badan.

Alfalfa (Buang)
✔ Bertindak sebagai detox semulajadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut. Menarik lemak yang terelmusi dari tindakan Lecithin ke saluran najis. Proses membersihkan segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

*pastikan korang ambil suplemen yang ada kelulusan KKM dan halal. Suplemen shaklee miliki keduanya jadi tak perlu lah anda was-was ye*

Jika korang berminat untuk dapatkan Set Kurus Bajet Shaklee, boleh hubungi saya 011-1655 3844. Saya akan berikan cara makan yang terbaik untuk kurus, ada rahsianya tau.☺

Wednesday 22 February 2017

Omega Guard tersuka tanpa sengaja

Baca tajuk dah ala-ala drama tv3 pulak kan. Ceritanya macam ni, ketua bahagian di tempat suami saya bekerja mula-mula beli omega guard untuk anak kembarnya. Yela kan omega guard ni mengandungi DHA & EPA yang sangat bagus untuk otak.

Tapi, bila diberitahu pula yang omega guard ni juga bagus  untuk menurunkan kadar kolestrol dan melancarkan perjalanan darah, jadi si bapa pun apa lagi join la makan sekali omega guard tu.

Masuk bulan ke dua, beliau bertanya mengenai vitamin untuk mengurangkan sakit sendi. Memang dah kena la kan omega guard sedang diamalkan tinggal 'add on' ostematrix jela.

Set Sendi : Omega Guard & Ostematrix

Alhamdulillah setelah beliau mengamalkan omega guard dan ostematrix ni, memang sangat bagus katanya cenggini 👍👍👍. Nak bangun pagi tu rasa segar, membuang sangat lawas, badan pun lebih bertenaga. Selain itu, biji-biji halus di belakang telinga pun dah hilang.

Sebenarnya beliau ni dah pernah mencuba bermacam-macam jenis suplemen, tapi katanya shaklee ini memang berbeza dan sangat bagus berbanding dengan suplemen lain yang pernah beliau amalkan.

Antara keseronokan dalam berbisnes Shaklee kita akan berasa  sangat gembira bila dapat membantu dan berkongsi mengenai kebaikan Shaklee kepada orang lain. Moga dengan kesihatan yang baik membantu kita untuk beramal dan membuat lebih banyak lagi kebaikan InshaAllah.

IntanMiza | 011-1655 3844
SID : 1067536

Thursday 16 February 2017

Ada apa dalam Vivix Shaklee yang menjadi kegemaran ramai orang

Vivix ni adalah vitamin terbaik dari shaklee. Jika korang mencari suplemen untuk kesihatan keseluruhan memang vivix lah jawapannya. Vivix bertindak memperbaiki sehingga ke DNA kita. Korang yang belum cuba vivix, mesti cuba pasti akan jatuh cinta.

Kesan yang paling ketara yang saya sendiri alami semasa mengamalkan vivix, rasa bertenaga. Paling best bangun pagi tu takkan rasa lemau, malas-malas, memang rasa segar je badan. Haishh, nak cerita panjang pun tak guna juga, baik korang rasai sendiri pengalaman tu. Saya share sebab Vivix ni memang TERBAIK!!

Jom saya nak perkenalkan bahan-bahan yang terdapat dalam vivix. Bahan utama vivix terdiri daripada :
1. Purple Carrot
2. Elderberry
3. Anggur Muscadine
4. Polyganum Cuspidatum

4 Bahan Utama Vivix

Semuanya bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan kandungan antioksidan. Jadi korang tak perlu ragu-ragu dan risau untuk mengamalkan vivix tau.

APAKAH KHASIATNYA??

Kita baca satu persatu khasiat bahan-bahan Vivix.

Khasiat Purple Carrot
  • lebih tinggi antioksidan berbanding carrot warna Oren.
  • bersifat anti radang. Oleh sebab itu sesuai untuk semua sakit yang bersifat radang seperti arthritis, gout, Asma
  • antivirus, antibakteria, antimicrobial
  • anticarcinogen > mengurangkan risiko kanser
  • tinggi vitamin A, halang arteri tersumbat, elak stroke
  • stabilkan gula dalam darah, merendahkan tekanan darah tinggi
Purple Carrot


Khasiat Elderberry

✔ merendahkan kolestrol
✔ menajamkan penglihatan
✔ menguatkan sistem imun badan
✔ meningkatkan kesihatan jantung
✔ bagus untuk selsema, demam, batik, tonsil
✔ bantu turunkan berat badan

Elderberry


Khasiat Anggur Muscadine

  • menguatkan ingatan
  • 40x lebih antioksidan berbanding anggur merah
  • mengandungi alegik asid > agen antikanser dan lawan ketumbuhan
  • agen awet mudah
  • halang kerosakan retina mata
  • mengandungi fiber > memudahkan pembuangan
Anggur Muscadine

Khasiat Polyganum Cuspidatum

✔ bagus untuk kesihatan penghadaman
✔ bagus untuk sakit sendiri
✔ bagus untuk bronkitis kronik (asma)
✔ jaga sel dari kerosakan akibat radikal bebas
✔ bantu mengurangkan rintangan insulin
✔ bagus untuk sembelit

Polyganum Cuspidatum

[1 Botol Vivix 150ml RM475]


Vivix : Sirap Merah

Kalau la ada orang datang kat korang jual emas 1gm RM5.00 jek. Rasa-rasa korang beli tak? Mesti dalam hati tertanya ada apa dalam tu? Betul ker emas? Mustahil la emas semurah tu di zaman sekarang ni kan..

Begitu jugalah keadaannya dengan Vivix Shaklee ni. Bahan utama dalam vivix ni terdiri dari bahan-bahan semulajadi tau bukan bahan yang dicipta dalam makmal pastu dibungkus masuk botol camtu.

IntanMiza | 011-1655 3844
#gilavivix
#rakanshakleeanda

Wednesday 15 February 2017

kawal bacaan asid urik penyebab gout dengan set bajet gout shaklee

Hari ni saya nak kongsi pasal Gout!! Kita kalau tengok orang yang kena gout ni, Ya ALLAH kesiankan. Cuba yang kena orang yang rapat  dengan kita ayah atau suami. Bagi orang perempuan pula akan lebih mudah mendapat gout selepas mereka monopouse.

FAKTOR MENYEBABKAN GOUT?

Nyum..nyum..sedapnya kan!!

Gout ni boleh disebabkan beberapa faktor antaranya genetic (keturunan), pemakanan dan masalah buah pinggang.

Antara faktor yang paling femes menyebabkan  gout ialah pemakanan. Sebab kita ni kan suka makan, siapa la tak suka makan kan hehe.

Makanan laut, daging merah, kekacang dan daging organik tinggi purin boleh mengundang penyakit gout.

'Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi mendapat penyakit gout.'

CARA MENGATASI GOUT?

✔ Pesakit gout kena kurangkan makanan yang tinggi purin antara nya daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut seperti udang, kerang, kupang, ketam, telur ikan dan macam-macam lagi.

✔ Minum air masak atau air putih dengan banyak bertujuan membuang asid urik.

✔ Bersenam serta kawal atau kurangkan berat badan.

Entry sebelum ni saya ada cerita tentang "bacaan asid urik suami turun dengan Vivix", kali ni pula saya nak share Set Bajet Gout.

#setbajetgout shaklee terdiri dari Alfalfa, Omega Guard dan Performance Drink.



1. ALFALFA – Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Menyingkirkan asid urik salam badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detoks.

2. OMEGA GUARD – Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan dan bengkak yang menyebabkan kesakitan pada sendi pesakit.

3. PERFORMANCE DRINK – Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehidrasi. Membantu menyeimbangkan bendalir badan yang mencukupi untuk penyingkiran asid urik.
sekali cuba pasti terpegun.

Testimoni


Pastinya Vivix lebih pantas membantu pesakit gout tapi jika anda kekurangan bajet boleh lah mencuba Set Bajet Gout ini.

Jika anda nak dapatkan 1 set boleh hubungi saya 011-1655 3844.

Untuk belian lebih jimat sehingga 15%-20%, jom jadi ahli shaklee. Yuran keahlian hanya RM69 sahaja.

Thursday 9 February 2017

Tips untuk kurus dengan mudah

Hari ni saya nak cerita pasal nak kurus macam senang je kan sebut nak kurus📢 nak kurus📢 nak kurus📢 pastu bajet bangun esok pagi boleh kurus hehehe.. Gurau-gurau jangan marah 😉

Straight to the point la hari ni saya nak kongsi sikit info pasal Set Kurus Bajet Shaklee yang terdiri dari Alfalfa dan Lecithin. Saya percaya ramai yang dah kenal sepasang dua sejoli ni kan? Tapi jom saya perkenalan juga satu-satu supaya lebih faham dan kenal maka barulah jatuh cinta kan.

Apa itu ALFALFA??

✔ Alfafa bertindak sebagai detox semula jadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut.
✔ Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan Lecithin ke saluran najis.
✔ Proses membersihkan segala toksin lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Apa pulak Lecithin??

✔ Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak
✔ Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana mempunyai kesan melekat pada lemak.
✔ Okay, cerita mudah lecithin menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah  lemak dari melekat kat dinding membrane.
✔ Lecithin tidak boleh dihasilkan boleh badan tetapi sangat diperlukan boleh badan.

Rasa-rasa faham tak fungsi Alfalfa dan Lecithin ni?? Harap korang paham ye. Mesti ramai yang fikir makan je Alfalfa dan Lecithin ni lepas tu satu minggu je dah kurus.

Bukan semudah itu kerana Alfalfa dan Lecithin hanya bertindak membantu dan kita sendiri perlu berusaha. Okay, meh nak share antara tips untuk kurus. Korang mesti buat tau, nak kurus mesti usaha.

1. Niat
Mula sekali tetapkan niat atau target berapa banyak dan berapa lama kita nak kurus.

2. Pemakanan
Ini paling penting jaga pemakanan contohnya makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, sarapan pagi jangan tinggal, lebihkan sayur-sayuran dan buah buahan. Pendek kata amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang la tau.

3. Senaman
Senaman juga sangat perlu dan membantu kerana dapat membakar lemak-lemak. Selain itu senaman juga mampu menghasilkan hormon "gembira". Haa tak ker seronok sihat dapat, mood pun happy jer.

4. Air kosong
Dah jaga makan dah senaman air kosong  perlu mencukupi. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau sifir mudah 25kg : 1liter. Contoh berat kita 75kg=3liter air kosong.

Ape yang saya cerita ni hanyalah sedikit diantara tips dan petua untuk kurus sebenarnya banyak lagi tips-tips dan petua untuk kurus ni.

Nak kurus biarlah secara selamat walaupun lambat dari kita nak kurus dalam masa yang singkat tetapi membahayakan diri sendiri.

Lagi best bulan ni ada promosi Set Kurus Bajet [Alfalfa + Lecithin] BELI 1 PERCUMA 1. Rugi sangat tau kalau korang tak beli masa promosi ni. Nak order atau pertanyaan boleh hubungi IntanMiza 011.1655.3844.

Wednesday 8 February 2017

Busuknya bau badan, bagaimana nak atasi??

Ramai yang berfikir bau badan berpunca daripada peluh, tetapi sebenarnya tidak. Bau ini adalah disebabkan bakteria yang menguraikan peluh menjadi asid lemak, lalu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.



Apakah Punca Badan Berbau??

1. Mandi yang tidak bersih.
Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi. Mandi pula sekali sehari sahaja.

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam.
Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri.
Bulu ketiak dicukur setahun sekali … uweekk nak muntah. Hehe ada ke yang buat macam tu .. ?!

4. Faktor pemakanan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman (sembelit) dan kegemukan.
Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

6. Faktor genetik.
Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.

7 Tips Kebersihan Diri Dan Pemakanan Untuk Atasi Bau Badan

1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari.
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein & kekacang.
4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya.
5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Bagaimana Shaklee membantu masalah Bau Badan??




Sebenarnya set yang ingin saya cadangkan ini bukan sahaja untuk mengatasi masalah bau badan, malah juga membantu masalah kaki dan mulut berbau kurang menyenangkan.

Saya cadangkan anda Set Shaklee iaitu gabungan antara Alfalfa, Garlic Dan Herblax. Set ini membantu anda untuk detoks badan supaya bebas toksin antara punca yang menjadikan badan, mulut kaki kita berbau kurang menyenangkan.

Alfalfa Shaklee

✔Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Garlic Shaklee

✔Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Herb-Lax Shaklee

✔Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Penggunaan secara konsisten amatlah digalakkan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Saya nak 1 Set Bau Badan Shaklee!! Boleh WhatsApp saya 011-1655 3844 untuk order dan maklumat lanjut.

**********************************************
Apa, jika beli banyak tak dapat kurang harga ker? Boleh tapi jadi la Ahli Shaklee dulu yuran hanya serendah RM80(sm) dan RM90(ss). Nak jadi ahli shaklee? Jom WhatsApp saya sekarang 011-1655 3844.

Thursday 26 January 2017

Katakan selamat tinggal pada jeragat!!

Bila muka dah naik jerawat dan jeragat mula la nak cuba bermacam-macam produk yang kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti keberkesanannya. Kalau tersilap pilih mungkin akan menyebabkan kulit akan lebih bermasalah.

Saya nak kongsi testimonial dari seorang pengguna vivix  Shaklee. Alhamdulilah setelah mengamalkan vivix  selama hampir sebulan hasil jeragat pada muka makin kurang, wrinkle area mata sudah tiada dan kulit makin cerah. Siap  pakej lagi berat badan pun turun 3kg.

Testimoni Vivix : Wajah lebih ceria & berseri selepas mengamalkan Vivix


Macam tak percaya kan macam mana Vivix boleh beri kesan yang baik kepada badan kita??

➡Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

➡️Peningkatan usia seringkali dikaitkan dengan masalah kecantikan dan kesihatan. Antaranya ialah masalah kedutan pada wajah dan kulit serta jeragat. Selain itu masalah kesihatan seperti sakit sendi, keletihan dan sebagainya seringkali menyebabkan kualiti hidup seseorang menjadi berkurangan.

➡️Vivix Shaklee adalah suplemen anti penuaan yang terbaik di dunia! Vivix membantu melambatkan proses penuaan dan memberikan awet muda serta menyihatkan tubuh badan secara menyeluruh termasuk menghindari penyakit kanser!

➡️Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.

Kebaikan dan Kelebihan Vivix Shaklee lagi

*Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

* Memelihara keseluruhan kesihatan

*Mengurangkan sakit sendi dan pelbagai risiko penyakit merbahaya.

* Anti oksida yang sangat baik - awet muda, menghilangkan kedutan, melembut serta mencantikkan kulit

* Membantu anda merasa lebih bertenaga - memberi rasa fresh sepanjang hari!

Bestnya Vivix ni kan? Patut la ramai yang mencari, memang sangat berbaloi dengan kesannnya.

Jika anda mahu mendapatkan Vivix hubungi saya 011-1655 3844. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang Promo Vivix!!

Wednesday 25 January 2017

Bacaan asid urik suami turun syukur alhamdulillah

Apa itu penyakit GOUT??




• Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.
• Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.
• Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).

Bagaimana keadaan pesakit GOUT?

• Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi.
• Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Di antara tanda-tanda Gout daripada carian di internet adalah :

1. Penyakit gaut kebiasaanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

2. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

4. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

5. Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

7. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

8. Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.

9. Penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

10. Bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

Jika ada salah satu tanda-tanda penyakit Gout, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan rawatan.

Saya nak share testimoni paras asid urik turun dengan ikhtiar Vivix Shaklee.

Testimoni Vivix : "Semalam akak g klinik chek, nak tau uric asid hubby ajak dari 9.9 dah turun 7.6! Syukurlah!!!"


Pesakit Gout Perlukan Vivix!!

Menurut kajian yang telah dibuat di Universiti Harvard, anggur & polyganum cuspidatum (Knotweed Jepun) telah dikenalpasti antara antioksidan terbaik yang membantu menurunkan paras asid urik dalam badan.

Pernah dengarkan kata-kata ni, "Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali mati." Maka janganlah kita berputus asa untuk berikhtiar, sesungguhnya dengan izin Allah jua, InshaAllah.

Mahukan Vivix? Boleh hubungi saya 011.1655.3844 untuk order & pertanyaan.

'Paru-paru berair kembali ikhtiar Vivix'




Wednesday 18 January 2017

Bahana Vivix dan Shaklee Collagen Powder untuk Sakit Sendi & Sakit Lutut!!

Sekarang ni ramai pula yang tercari-cari AJHT (Advanced Joint Health Tablet) untuk masalah sendi. Ramai yang mengakui keberkesanan AJHT dan sangat berpuas hati. Tapi sayang, buat masa ni AJHT dah stop production sehingga diberitahu kelak.

Sebenarnya tak perlu untuk tunggu sehingga kedatangan AJHT sebab shaklee masih ada suplemen lain yang jauh lebih bagus dari AJHT. Cumanya ramai yang masih tak tahu.

Kalau korang nak tahu, VIVIX Shaklee adalah suplemen terbaik untuk membantu rawat masalah sendi, bukan saja sendi malah Vivix bertindak untuk kesihatan keseluruhan badan.



Kenapa Vivix bagus untuk sakit sendi??

Dalam satu jurnal kajian saintifik bertajuk "Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Neutraceutricals for Joint Health (Int J Mol Sci. 2012; 13(4): 4202-4232.)", dapat disimpulkan bahawa telah terbukti resveratrol boleh membantu :

1. Mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi.
2. Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

Untuk lebih faham secara ringkasnya, kajian menunjukkan resveratrol (iaitu bahan utama dalam Vivix) berkesan untuk mengatasi masalah keradangan, antioksidan, memperbaiki DNA dan menghalang sel daripada bermutasi. Ia bukan saja sangat bagus untuk sendi malah baik untuk pelbagai penyakit lain seperti kanser, diabetes, darah tinggi, jantung dan banyak lagi.

"tips kawal tekanan darah tinggi supaya tak kena stroke"

"heavy smoker lebih 20 tahun berhenti merokok gara-gara.."

"pesakit diabetes selamat dari kaki hitam, elak inject insulin"

Lagi satu suplemen yang bagus diambil untuk sakit sendi dan sakit lutut adalah Shaklee Collagen Powder (SCP).

50% dari tulang rawan memang terdiri dari collagen. Collagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang. Tapi lepas umur 20-an, collagen ni akan sedikit demi sedikit terhakis dalam tulang rawan (cartilage).

Badan kita memang boleh tambah collagen ni dengan sendiri. Tapi masalah berlaku bila bilangan collagen yang dihasilkan oleh badan tak dapat ganti bilangan collagen yang rosak kat lutut tu.

Jadi, kat sinilah peranan Shaklee Collagen Powder. Kita perlu gantikan collagen yang rosak tu jadi saya syorkan suplemen SCP ni.

Tapi kalau nak betul-betul terbaik, disarankan konsisten 8 minggu. SCP ni bukan dadah jadi perlukan masa untuk menunjukkan kesan secara perlahan dan tak akan bagi negatif side effect tau.

Meh baca testimoni ni..

"Lepas 3 bulan mak konsisten Vivix & Collagen Shaklee.. Lutut mak semakin baik dan boleh turun sujud tanpa perlu tahan guna tangan"


NAK DAPATKAN VIVIX & SHAKLEE COLLAGEN POWDER??

Kalau anda tercari suplemen yang bagus untuk rawat masalah sakit sendi dan sakit lutut cubalah Vivix & SCP.

Boleh hubungi saya 011-1655 3844 untuk order.

Tawaran menarik bulan ni Beli 2 botol Vivix Less 5% dan Dapat FREE MEMBER!!

Thursday 12 January 2017

Pesakit Diabetes selamat dari kaki hitam, tak perlu inject insulin.

Beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia kerana terdiri dari pelbagai kaum dan budaya dan yang paling best sekali kaya dengan pelbagai jenis makanan yang lazat-lazat.

Ditambah pula banyaknya kedai-kedai makan  yang beroperasi dari pagi sehingga ke tengah malam. Lebih hebat lagi kedai-kedai yang dibuka 24 jam.

Bila terlalu banyak makanan yang mudah diperolehi pada bila-bila masa, maka semakin ramai yang terdedah dengan pelbagai penyakit yang berpunca dari pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Diabetes atau kencing manis antara penyakit kronik yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. Tahukah anda, 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia menghidap kencing manis iaitu angka yang amat membimbangkan.

Statistik Penghidap Diabetes di Malaysia


APA ITU Kencing Manis / Diabetes?

Kencing manis adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula di dalam darah adalah tinggi.

Kencing Manis / Diabetes terbahagi kepada 2 jenis :

1. Jenis 1

Dikenali sebagai Jenis 1, kencing manis jenis ini biasanya dihidapi kanak-kanak dan belia mudah dan meningkat secara agresif. Terjadi akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan hormon insulin.

2. Jenis 2

Biasa dihidapi pesakit berumur lebih 40 tahun dan meningkat mengikut peringkat umur. Dalam kes ini pankreas tidak menyekat pengeluaran insulin tetapi kuantiti insulin dihasilkan tidak mencukupi, atau hormon insulin sedia ada tidak mengaktifkan penyerapan glukosa dalam otot dan tisu, yang amat diperlukan badan sebagai sumber tenaga.

Umpamanya kunci yang tak dapat dibuka utk beri laluan pd glukosa, maka glukosa akan meningkat dalam salur darah.

Kepekatan gula dalam darah akan bertambah dan lama-lama akan menyebabkan berlakunya kencing manis.

Apa kaitan Vivix dengan Kencing Manis?


Vivix bantu pesakit diabetes

Bagaimana pesakit kencing manis boleh mendapat kesihatan yang lebih baik apabila menggunakan vivix?

Adakah Vivix itu ajaib?

Ohh..tidakk..

Dalam vivix terdapat kandungan resveretrol.
resveretrol adalah ibu kepada segala antioksidan dan ia dapat memperbaiki masalah rintangan insulin.

Bila rintangan dan kerosakan ini dapat diperbaiki, gula dalam darah akan stabil dan ini memberi sinar baru pada pesakit diabetes.

Vivix bukan ubat.
Tapi menyelesaikan punca kepada masalah diabetes.

Jom kita lihat antara testimoni Pesakit Diabetes yang selamat dari kaki hitam dan tak perlu inject insulin.


"Salam semua.
Hari ni saya nak share testimoni merawat diabetes dengan Vivix oleh ayah saya sendiri.

Terbukti Vivix mampu membantu masalah diabetes.

Ni buku checkup abah saya.
Abah saya ni makan memang takde pantang.
Kadang2 sehari tu sampai 3x bancuh kopi.
Makan nasi memang berpinggan2.
Ni semua memang musuh utama kencing manis la kan..

Hari tu bile sedar kaki dia dari sehari ke sehari makin bertukar kaler jadi hitam, plus ujian diabetes x pernah bawah 10, doctor pun dah suruh inject insulin setiap hari, baru la menggelabah nak cari alternatif lain.
Saya pun cadangkan vivix.

Sekarang vivix yang abah minum belum habis sebotol.
Tapi report kesihatan abah memang memeranjatkan.
Dalam 4x ujian darah dibuat dalam sehari, cuma sekali je yg lebih 10.
Itupun sebab lunch dia makan nasi berpinggan2 macam biasa.
Alhamdulillah..."

Anda mungkin juga mahu baca testimoni lain :

tips kawal kolestrol tinggi supaya tak kena stroke

"heavy smoker lebih 20 tahun berhenti merokok gara-gara.."

Jika anda mahukan vivix boleh hubungi saya IntanMiza 011-1655 3844. Anda pasti tak mahu lepaskan tawaran menarik dengan belian vivix bulan ini. Nak tahu apa tawaran menariknya? Klik SAYA MAHU VIVIX!!

Wednesday 11 January 2017

Cara Beli Vivix di Kuching Sarawak

Korang nak tahu cara untuk beli Vivix?

Khas untuk warga Kuching Sarawak kalau nak beli Vivix boleh lah hubungi IntanMiza selaku Pengedar Shaklee Kuching.


Pengedar Shaklee Kuching : 011-1655 3844

Setiap bulan Shaklee akan buat promosi. Bulan Januari 2017 promosi Shaklee adalah Vivix iaitu suplemen terbaik dari Shaklee.

✔ Vivix Beli 2 Less 5%
✔ Vivix Beli 6 PERCUMA 1

Januari 2017 : Promosi Vivix

APA YANG MENARIK DENGAN PROMOSI VIVIX??

Yang lagi menarik bulan ini dengan belian 2 botol Vivix anda akan dapat :
⚫ PERCUMA Keahlian (bernilai RM68.90)
⚫ Penjimatan sehingga RM200++
⚫ Bonus Tunai RM36

IntanMiza SID yang sah (ID : 1067536), pengedar shaklee Kuching tapi seluruh malaysia pun boleh. Korang pastikan beli dengan SID yang sah ye.

Belian 2 botol Vivix pada bulan ini memang sangat berbaloi dan menguntungkan. Rugilah mereka yang melepaskan peluang ni. Tak tahu bila lagi dapat promosi macam ni tau.

Berminat untuk mendapatkan Vivix dengan promosi terbaik? Boleh hubungi saya 011-1655 3844, boleh whatsapp, telegram, & mesej.

Atau..

Boleh juga buat belian sendiri cuma click jer link ni SAYA MAHU VIVIX!!

Thursday 5 January 2017

"Heavy Smoker" Lebih 20 Tahun Berhenti Merokok Gara-Gara Vivix!!

Bukan mudah untuk kita menghentikan sesuatu tabiat itu apabila ia sememangnya telah menjadi rutin harian kita.

"Katakan Taknak Pada Rokok"

Apatah lagi rutin harian itu berkaitan dengan ketagihan dan  berpuluh-puluh tahun melakukannya seperti "heavy smoker lebih 20 tahun ini".

Saya tahu ketagihan kepada rokok bukan mudah untuk dihentikan, tapi anda boleh berikhtiar dengan Vivix Shaklee.

KENAPA VIVIX?

Vivix is Ohsem

Ramuan yang terdapat di dalam Vivix adalah 10 kali ganda lebih hebat dari reservatrol:

✔ Antioksidan yang tinggi dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.

✔ Diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping mengurangkan ketagihan nikotin

✔ Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.

✔ Antioksidan membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin

Seperti testimoni ni " heavy smoker" lebih 20 tahun selepas beliau mengamalkan Vivix, aktiviti merokok dirasakan sangat tidak sedap dan ketagihan terhadap nikotin juga hilang.

Testimoni 'Heavy Smoker' lebih 20 tahun

Jadi tidak mustahil Vivix dapat membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Pengambilan supplement boleh membantu perokok tegar diluar sana untuk menghentikan tabiat merokok yang secara terang-terangan mampu membahayakan kesihatan.

Hubungi IntanMiza 011.1655.3844 untuk order Vivix anda. Belian 2 botol layak untuk FREE Membership bernilai RM68.90. Tak rugi berhenti rokok, duit jimat, badan sihat. InshaAllah 😊

Baca juga "Tips Kawal Kolestrol Tinggi Supaya Tak Kena Stroke!!"

Wednesday 4 January 2017

Tips Kawal Kolestrol Tinggi Supaya Tak Kena Stroke

Kolestrol tinggi bukanlah penyakit, tapi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit. Diantaranya adalah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Penyakit kronik ini tidak mengenal usia walaupun kebiasaanya yang menghadapinya adalah golongan tua, namun golongan muda juga tidak terlepas dari mengalaminya.
Tetapi, tahukah anda berapa bacaan kolestrol yang sihat?

Paras Kolestrol Sihat

Ia boleh dirumuskan seperti berikut :
▪️ Bacaan jumlah kolestrol ialah bawah 5.2 (mg/dL).
▪️ Bacaan LDL (kolestrol jahat) ialah bawah 2.6 (mg/dL).
▪️ Bacaan HDL (kolestrol baik) ialah di atas 1.0 (mg/dL).


Jika anda mendapati anda mempunyai kolestrol yang tinggi, anda sepatutnya bertindak segera untuk menurunkan bacaan tersebut, sebelum ia menjadi punca penyakit kronik yang lain.

Bagaimana Nak Kawal Kolestrol Tinggi Supaya Tak Terkena Stroke??

1. Jaga Pemakanan
Malaysia memang kaya dengan makanan. Pergilah ke mana-mana sahaja, memang makananlah tarikan utama. Gerai-gerai juga banyak dan mudah didapati tidak kira siang atau malam. Dan pemakanan tersebut pula sudah pastinya yang berlemak dan berminyak yang menyumbang serta menggalakkan kenaikan kolestrol.
Ubah pemakanan harian kita kepada yang lebih sihat. Salah satunya ialah dengan cara 'Eat Clean'.
'Eat Clean' tu apa? 'Eat Clean' ialah pemakanan yang lebih sihat tanpa lemak, tanpa makanan berminyak, yang diubah sedikit cara masakannya tetapi masih mengekalkan rasa sedap. Sedap tu penting kan?

2. Kawal Stress Dengan Bijak
Stress yang melampau juga boleh menyebabkan kolestrol meningkat. Jadi, kawal stress dengan bijak. Tangani setiap permasalahan di tempat kerja atau di rumah dengan cara betul untuk elak kesihatan kita terganggu.

3. Ubah Gaya Hidup
Tidak dinafikan kehidupan serba mencabar di zaman ini menjadikan kita semakin tidak aktif. Mungkin terpaksa bekerja 8-10 jam sehari. Untuk lebih sihat, gaya hidup perlu diubah ke arah yang lebih aktif. Bersenam sekurang-kurangnya 3-4x seminggu.

4. Ambil Suplemen Semulajadi

Vivix Shaklee
Vivix Shaklee terbukti berkesan dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah dengan berkesan. Vivix mengandungi Polygonum yang berfungsi untuk membersihkan kolestrol dalam salur darah sekaligus akan menurunkan kolestrol secara keseluruhan.

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix juga membantu meningkatkan kolestrol baik dan kesihatan jantung lebih terjamin.
Juga terdapat Elderberry di dalam Vivix yang sangat bagus untuk masalah kolestrol. Kajian di salah sebuah universities Austria ada menunjukkan extract Elderberry boleh mengurangkan pengoksidaan kolestrol jahat (LDL).

Selain dari Vivix, anda juga boleh mengambil Set Kolestrol yang terdiri daripada Garlic, Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa.

InshaAllah, dengan mengamalkan tips-tips di atas, paras kolestrol akan menurun dengan cepat tanpa perlu bergantung kepada ubat.

Berikut testimoni pelanggan yang mengamalkan Vivix sebagai ikhtiar untuk kawal kolestrol tinggi : 


Nak dapatkan Vivix? Hubungi saya IntanMiza 011-1655 3844.
Pengedar Shaklee Kuching