Wednesday 22 April 2015

Merawat Buasir dengan Set Buasir Shaklee

APA ITU BUASIR??

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

JENIS-JENIS BUASIR



1. Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2. Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih, dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala- gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditinggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab Utama
  1. Sentiasa duduk
  2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  3. Cirit-birit
  4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  5. Batuk yang teruk
  6. Bersalin
  7. Mengangkat berat
  8. Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual

Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
  • Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir.
  • Mengandung.
  • Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan.
  • Meneran semasa membuang air besar.
Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

Tanda-Tanda dan Gejala-Gejala
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur. Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.

Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut :

  1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  2. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  4. Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

Info dari BUASIR WIKIPEDIA

Cadangan Suplemen Shaklee untuk BUASIR


OMEGAGUARD
  • Baik untuk sendi dan otot (kecutkan otot dubur yang membengkak akibat tekanan otot dubur ketika membuang air besar).
  • Melegakan semasa proses pembuangan air besar yang amat perit.
OSTEMATRIX
  • Membantu kurangkan sembelit.
  • Memberikan keselesaan dan kelegaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  • Melancarkan pembuangan air besar.
ZINC COMPLEX
  • Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit.
  • Membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Testimoni SET BUASIR SHAKLEE



Sekiranya anda berminat dengan suplemen Shaklee yang semulajadi dan bermutu tinggi, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan order.

I'M Your SHAKLEE Independant Distributor
IntanMiza
SID : 1067536
SMS/Whatsapp : 011-1655 3844

Tekan alarm kereta melalui Phone!!

Alarm kereta boleh ditransfer melalui panggilan telefon!! Korang pernah dengar tak benda ni?? Kedengaran hebat kan caranya tu?? Ada tak yang pernah cuba?? Situasi ini akan berlaku bila kereta di tempat lain, pastu kunci kereta kat tempat lain. Yang pegang kunci kena tekan alarm pastu sorang lagi dekatkan telefon dengan kereta, dunia teknologi sungguh kan? Hihii..

Alkisahnya yang berlaku terkona kek batang hidung sendiri. Encik suamiku yang dicintai terbawa kunci kereta bersama-sama dan pergi belayar. Ok, memang la setiap kereta baru didatangkan dengan dua kunci, jika satu takda kan ada lagi satu. Tapi yang ada kat rumah ni kehabisan bateri makanya tak dapat la digunakan huhuu. Bateri yang sepatutnya digantikan pun dibawanya belayar adoi!!

Sambil bercalling dengan suami terdetik la idea kat atas tu, nak cuba tekan alarm kereta melalui telefon wohaa!! Kami tak pernah try pun cara ni, so dengan gigihnya apa kata kita cuba tak rugi apa-apa pun. Harapan hanya tinggal kenangan, kereta masih tak dapat dibuka walaupun teknik tersebut digunakan. Ada ker yang berjaya dengan cara tu?? Kalau ada mungkin kami la yang tak pandai, tapi setakat ni pada kami teknik tu hanya AUTA semata kihkihkih. Takpe, belajar dari pengalaman PEACE!!

Jadi untuk menyelesaikan masalah ni sebenarnya ada cara yang lebih efisyen, kalau kereta korang sama boleh la mencuba cara ni ye.
1. Buka kereta secara manual, masukkan kunci kat lubang yang sepatutnya.
2. Bila buka pintu akan kedengaran bunyi alarm "PON".."PON".."PON".. Jangan panik ok buka je pintu tu.
3. Masukkan kunci ditempat untuk start tu pusingkan sehingga ke 'ACC'.
4. Last sekali di dashboard sila tekan butang yang ada bulat kecil kat tengah tu, sehingga bunyi "PON".."PON".."PON".. pun lenyap.
5. Kalau masih tak yakin keberkesanannya, sila keluar kereta, kunci kereta secara manual dan buka semula secara manual, selagi takda bunyi alarm 'Anda Berjaya'!!

Selagi bateri kunci kereta tak ditukar jadi kuncilah kereta anda secara manual tanpa alarm. No worries kereta masih boleh digunakan seperti biasa. Tujuan kita tekan butang tu pun untuk reset semula alarm kereta kita. Jadi uolls selamat beramal!!

Tuesday 21 April 2015

Testimoni Set Kurus Bajet Shaklee

Ramai yang telah berjaya kurus walaupun hanya dengan Set Kurus Bajet Shaklee. Masih tak percaya dan ragu-ragu? Bila dah cuba baru la tahu keberkesanannya. Harganya pula mampu milik, jadi tiada alasan untuk tidak berusaha jadi kurus.



Bukan la bermaksud gemuk tu tak ok, ok je ikut pada selera masing-masing la kan. Tapi jika ada pilihan yang selamat,berkesan dan semulajadi pasti semua orang berebut nak kurus kan. Set Kurus Bajet Shaklee terdapat gabungan di antara LECITHIN + HERBLAX atau LECITHIN + ALFALFA atau LECITHIN + ALFALFA + HERBLAX. Meh nak story sikit kebaikan bagi setiap suplemen :

LECITHIN
  • Melindungi hati
  • Pecahkan lemak dan kolestrol
  • Bakar lemak dalam badan
  • Cantikkan otot dan kulit
  • Hindari batu karang
  • Tingkatkan daya ingatan
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Membaiki masalah prostat lelaki
  • Mengurangkan sembelit
HERBLAX
  • Membantu masalah sembelit
  • Kempiskan perut
  • Bersihkan usus, detox dan buang toksin
ALFALFA
  • Mencuci hati, darah dan usus
  • Untuk melawan alahan
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • Melawan tumor
  • Melegakan keletihan 
  • Merawat keputihan bagi wanita

Biasanya sebelum nak membeli apa-apa produk pasti testimoni menjadi perkara utama yang kita nak tahu selain daripada harga produk. Baiklah jom kita review Testimoni Set Kurus Shaklee, jika diambil secara konsisten ditambah dengan senaman dan diet sihat inshaAllah pasti kurus.












Wah banyakkan testimoni kurus Shaklee, pasti teruja tengokkan? Set Kurus Shaklee membantu anda untuk kurus tapi kalau makan masih tidak dijaga, senaman pun malas maka lambat la kesannya. Pengambilan air yang mencukupi juga sangat penting, dengan nisbah 1liter : 25kg atau sehingga urin anda berwarna jernih. Mudah je kan?? Nak dapatkan Set Kurus Bajet Shaklee?? Dengan misi "Jom Kurus sebelum Raya!!"

HUBUNGI SAYA :

IntanMiza : 011-1655 3844

Email : nur1688@gmail.com

SID : 1067536

COD di Petra Jaya, Kota Samarahan, Bako, dan sekitar bandar Kuching Sarawak.

Monday 20 April 2015

Sup Ikan Merah Pertama Kali

Selalu dengar orang cerita sedapnya Ikan Merah buat sup. Geram pulak dengar orang berceritakan, nak juga merasa sendiri kesedapannya. Kebetulan pulak ada ikan merah kat rumah, memang suami pun dah request "buat la sup ikan merah tu,sedap!!".

Sebenarnya dah berminggu-minggu lepas buat Sup Ikan Merah ni tapi baru sekarang share di blog hehee. Jujur cakap memang tak pandai buat sup ikan merah walaupun kedengaran mudah je. Jadinya minta tolong assistant la Ms. Google. Tapi resepi di bawah ni diolah oleh diri sendiri sesuka hati je.



SUP IKAN MERAH

Bahan-Bahan

Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Bawang Putih
Cili Padi
Halia
Tomato
Ubi Kentang
Lobak Merah
Ikan Merah
Sedikit minyak
Air

Cara-Cara

Panaskan minyak, tumis bunga lawang,bunga cengkih dan kulit kayu manis sebentar kemudian masukkan bawang putih dan cili padi (bawang putih & cili padi ditumbuk). Tumis sehingga kekuningan naik bau. Lepas itu masukkan tomato dan halia (dihiris nipis), tomato ni masuk awal sebab nak bagi sup rasa masam-masam sikit. Masukkan air sesuka hati kuantitinya dan masukkan juga ubi kentang. Biarkan sehingga ubi kentang empuk, masukkan pulak lobak merah last sekali masukkan ikan merah.

Akhir sekali sebagai hiasan, goreng bawang merah sikit kemudian curahkan dalam sup dan potong daun sup juga tabur diatasnya. Ok, siap!



Sebenarnya saya ni masak ikut suka je, main campak-campak je. Sedap tak sedap tu suami jela yang tahu hehee. Pertama kali buat sup ni, rasa macam tak berapa lazat je hahaa tapi habis juga suami makan alhamdulillah pandai ambil hati bini. Suami selalu bagi motivasi "mana ada orang pertama kali terus pandai", sejuk hati bini dengar. Jadi uolls selamat mencuba!!

Friday 17 April 2015

Cara Daftar dan Kelebihan Ahli Shaklee

Yuran keahlian untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya dengan serendah RM69 untuk seumur hidup. Dengan yuran serendah itu, terdapat dua kategori kelebihan yang bakal dinikmati :



UNTUK KEGUNAAN SENDIRI »

1. Dengan menjadi ahli Shaklee dapat membeli dengan harga ahli yang lebih murah dari harga pasaran.

2. Sekiranya pembelian pada bulan tersebut melebihi 150uv, maka layak untuk mendapat bonus tunai pada bulan seterusnya yang kebiasaanya akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftar pada pertengahan bulan.

3. Keahlian Shaklee serendah RM69 ini adalah untuk seumur hidup, dan tidak perlu mengekalkan UV tertentu untuk kekal menjadi ahli.

UNTUK BERNIAGA »

1. Keuntungan runcit bagi setiap produk yang dijual.

2. Ganjaran 3C [Cash, Car dan Convention] dari Shaklee.*
› CASH : Bonus setiap bulan, untuk jualan 150uv ke atas.*
› CAR : Insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan.*
› CONVENTION : Peluang umrah / percutian, ditaja sepenuhnya*

*Bagi yang layak sahaja.

Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan ini adalah peluang yang terbaik dengan modal yang rendah dan jika tidak mahu meneruskannya pun masih tidak ralat kerana tidak mengeluarkan modal beribu.

Paling penting sistem niaga yang diamalkan adil dan saksama "Anda Buat, Anda Dapat"!! Tiada istilah orang atas kaya dengan ramai orang bawahan. Ingin tahu lebih lanjut, jom sertai saya sebagai Ahli Shaklee, inshaAllah saya akan guide sebaik mungkin. Jika berminat boleh email kepada saya nur1688@gmail.com atau hubungi saya di 011-1655 3844.

Thursday 9 April 2015

KEK MILO KUKUS MUDAH & MOIST

Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.

Lamanya tak update blog ni kan, naik bersawang dah hihii.  Ok hari ni IntanMiza nak kongsi resepi Kek Milo Kukus yang di"Google" dan berjaya dibuat, YEAAAA!! Happy la untuk diri sendiri kan. Tak pernah lagi IntanMiza kongsi resepi ni jadi sila lah buat yer.  Resepi asal tak pasti dari blog mana jadi tak dapat la nak share link dengan korang semua.  Hari tu main godek-godek jer, jumpa jer resepi yang mudah terus copy and save dalam phone.

Al kisah terjadinya Kek Milo Kukus ni sebab kat rumah ada lebihan milo lepas buat Kek Batik.  Kalau untuk minum memang slow jer nak habis silap-silap mengeras macam tu jela milonya.  Jadi sebagai suri rumah yang konon-konon rajin terhasil lah Kek Milo Kukus ni, tadaaaaa!!!

Kek Milo Kukus

KEK MILO KUKUS

Bahan A :
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat

Bahan B : 
3 biji telur (saya masukkan 2 biji jer)
1 sdk esen vanila
(dipukul kembang)

Bahan C :
1 1/2 cawan tepung gandu,
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder

Cara-caranya :
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yang kecil. Lepas sebati, tutup api.
2. Sejukkan sekejap Bahan A dan masukkan Bahan B, kacau sebati.
3. Masukkan pula Bahan C dan kacau.
4. Tapiskan jika ada ketul-ketul sebelum masuk ke dalam loyang.
5. Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
6. Kukus adunan sehingga masak diatas api yang sederhana, *jangan terlalu kecil dan terlalu besar!!!*
7. Kukus selama 30-45 minit.

Topping :
1 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
2 sdb minyak masak
3 sdb air
Gunakan teknik double boiler sehingga coklat sebati.  Jangan terlalu, dan jangan  terlalu pekat.

Ok korang selamat mencuba yer, paling best suami puji "Sedapnya kek ni, lain kali buat kek macam ni jela, lagi sedap dari kek coklat".  Ni kata-kata pujian dari suami siap makan bertambah-tambah lagi.  Kepuasan bagi seorang isteri bila dapat mengenyangkan perut si suami alhamdulillah.  Korang mesti cuba tau!!