Wednesday 22 April 2015

Merawat Buasir dengan Set Buasir Shaklee

APA ITU BUASIR??

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

JENIS-JENIS BUASIR



1. Buasir Dalaman
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkan berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2. Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih, dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala- gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditinggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab Utama
  1. Sentiasa duduk
  2. Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  3. Cirit-birit
  4. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  5. Batuk yang teruk
  6. Bersalin
  7. Mengangkat berat
  8. Pengalaman seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual

Anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat buasir jika anda :-
  • Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir.
  • Mengandung.
  • Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan.
  • Meneran semasa membuang air besar.
Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat buasir.

Tanda-Tanda dan Gejala-Gejala
Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur. Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.

Pencegahan
Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut :

  1. Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  2. Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  3. Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  4. Jadikan sebagai satu peraturan : Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

Info dari BUASIR WIKIPEDIA

Cadangan Suplemen Shaklee untuk BUASIR


OMEGAGUARD
  • Baik untuk sendi dan otot (kecutkan otot dubur yang membengkak akibat tekanan otot dubur ketika membuang air besar).
  • Melegakan semasa proses pembuangan air besar yang amat perit.
OSTEMATRIX
  • Membantu kurangkan sembelit.
  • Memberikan keselesaan dan kelegaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  • Melancarkan pembuangan air besar.
ZINC COMPLEX
  • Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit.
  • Membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Testimoni SET BUASIR SHAKLEE



Sekiranya anda berminat dengan suplemen Shaklee yang semulajadi dan bermutu tinggi, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan order.

I'M Your SHAKLEE Independant Distributor
IntanMiza
SID : 1067536
SMS/Whatsapp : 011-1655 3844

No comments:

Post a Comment