Wednesday 22 February 2017

Omega Guard tersuka tanpa sengaja

Baca tajuk dah ala-ala drama tv3 pulak kan. Ceritanya macam ni, ketua bahagian di tempat suami saya bekerja mula-mula beli omega guard untuk anak kembarnya. Yela kan omega guard ni mengandungi DHA & EPA yang sangat bagus untuk otak.

Tapi, bila diberitahu pula yang omega guard ni juga bagus  untuk menurunkan kadar kolestrol dan melancarkan perjalanan darah, jadi si bapa pun apa lagi join la makan sekali omega guard tu.

Masuk bulan ke dua, beliau bertanya mengenai vitamin untuk mengurangkan sakit sendi. Memang dah kena la kan omega guard sedang diamalkan tinggal 'add on' ostematrix jela.

Set Sendi : Omega Guard & Ostematrix

Alhamdulillah setelah beliau mengamalkan omega guard dan ostematrix ni, memang sangat bagus katanya cenggini 👍👍👍. Nak bangun pagi tu rasa segar, membuang sangat lawas, badan pun lebih bertenaga. Selain itu, biji-biji halus di belakang telinga pun dah hilang.

Sebenarnya beliau ni dah pernah mencuba bermacam-macam jenis suplemen, tapi katanya shaklee ini memang berbeza dan sangat bagus berbanding dengan suplemen lain yang pernah beliau amalkan.

Antara keseronokan dalam berbisnes Shaklee kita akan berasa  sangat gembira bila dapat membantu dan berkongsi mengenai kebaikan Shaklee kepada orang lain. Moga dengan kesihatan yang baik membantu kita untuk beramal dan membuat lebih banyak lagi kebaikan InshaAllah.

IntanMiza | 011-1655 3844
SID : 1067536

Thursday 16 February 2017

Ada apa dalam Vivix Shaklee yang menjadi kegemaran ramai orang

Vivix ni adalah vitamin terbaik dari shaklee. Jika korang mencari suplemen untuk kesihatan keseluruhan memang vivix lah jawapannya. Vivix bertindak memperbaiki sehingga ke DNA kita. Korang yang belum cuba vivix, mesti cuba pasti akan jatuh cinta.

Kesan yang paling ketara yang saya sendiri alami semasa mengamalkan vivix, rasa bertenaga. Paling best bangun pagi tu takkan rasa lemau, malas-malas, memang rasa segar je badan. Haishh, nak cerita panjang pun tak guna juga, baik korang rasai sendiri pengalaman tu. Saya share sebab Vivix ni memang TERBAIK!!

Jom saya nak perkenalkan bahan-bahan yang terdapat dalam vivix. Bahan utama vivix terdiri daripada :
1. Purple Carrot
2. Elderberry
3. Anggur Muscadine
4. Polyganum Cuspidatum

4 Bahan Utama Vivix

Semuanya bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan kandungan antioksidan. Jadi korang tak perlu ragu-ragu dan risau untuk mengamalkan vivix tau.

APAKAH KHASIATNYA??

Kita baca satu persatu khasiat bahan-bahan Vivix.

Khasiat Purple Carrot
  • lebih tinggi antioksidan berbanding carrot warna Oren.
  • bersifat anti radang. Oleh sebab itu sesuai untuk semua sakit yang bersifat radang seperti arthritis, gout, Asma
  • antivirus, antibakteria, antimicrobial
  • anticarcinogen > mengurangkan risiko kanser
  • tinggi vitamin A, halang arteri tersumbat, elak stroke
  • stabilkan gula dalam darah, merendahkan tekanan darah tinggi
Purple Carrot


Khasiat Elderberry

✔ merendahkan kolestrol
✔ menajamkan penglihatan
✔ menguatkan sistem imun badan
✔ meningkatkan kesihatan jantung
✔ bagus untuk selsema, demam, batik, tonsil
✔ bantu turunkan berat badan

Elderberry


Khasiat Anggur Muscadine

  • menguatkan ingatan
  • 40x lebih antioksidan berbanding anggur merah
  • mengandungi alegik asid > agen antikanser dan lawan ketumbuhan
  • agen awet mudah
  • halang kerosakan retina mata
  • mengandungi fiber > memudahkan pembuangan
Anggur Muscadine

Khasiat Polyganum Cuspidatum

✔ bagus untuk kesihatan penghadaman
✔ bagus untuk sakit sendiri
✔ bagus untuk bronkitis kronik (asma)
✔ jaga sel dari kerosakan akibat radikal bebas
✔ bantu mengurangkan rintangan insulin
✔ bagus untuk sembelit

Polyganum Cuspidatum

[1 Botol Vivix 150ml RM475]


Vivix : Sirap Merah

Kalau la ada orang datang kat korang jual emas 1gm RM5.00 jek. Rasa-rasa korang beli tak? Mesti dalam hati tertanya ada apa dalam tu? Betul ker emas? Mustahil la emas semurah tu di zaman sekarang ni kan..

Begitu jugalah keadaannya dengan Vivix Shaklee ni. Bahan utama dalam vivix ni terdiri dari bahan-bahan semulajadi tau bukan bahan yang dicipta dalam makmal pastu dibungkus masuk botol camtu.

IntanMiza | 011-1655 3844
#gilavivix
#rakanshakleeanda

Wednesday 15 February 2017

kawal bacaan asid urik penyebab gout dengan set bajet gout shaklee

Hari ni saya nak kongsi pasal Gout!! Kita kalau tengok orang yang kena gout ni, Ya ALLAH kesiankan. Cuba yang kena orang yang rapat  dengan kita ayah atau suami. Bagi orang perempuan pula akan lebih mudah mendapat gout selepas mereka monopouse.

FAKTOR MENYEBABKAN GOUT?

Nyum..nyum..sedapnya kan!!

Gout ni boleh disebabkan beberapa faktor antaranya genetic (keturunan), pemakanan dan masalah buah pinggang.

Antara faktor yang paling femes menyebabkan  gout ialah pemakanan. Sebab kita ni kan suka makan, siapa la tak suka makan kan hehe.

Makanan laut, daging merah, kekacang dan daging organik tinggi purin boleh mengundang penyakit gout.

'Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi mendapat penyakit gout.'

CARA MENGATASI GOUT?

✔ Pesakit gout kena kurangkan makanan yang tinggi purin antara nya daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut seperti udang, kerang, kupang, ketam, telur ikan dan macam-macam lagi.

✔ Minum air masak atau air putih dengan banyak bertujuan membuang asid urik.

✔ Bersenam serta kawal atau kurangkan berat badan.

Entry sebelum ni saya ada cerita tentang "bacaan asid urik suami turun dengan Vivix", kali ni pula saya nak share Set Bajet Gout.

#setbajetgout shaklee terdiri dari Alfalfa, Omega Guard dan Performance Drink.



1. ALFALFA – Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Menyingkirkan asid urik salam badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detoks.

2. OMEGA GUARD – Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan dan bengkak yang menyebabkan kesakitan pada sendi pesakit.

3. PERFORMANCE DRINK – Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehidrasi. Membantu menyeimbangkan bendalir badan yang mencukupi untuk penyingkiran asid urik.
sekali cuba pasti terpegun.

Testimoni


Pastinya Vivix lebih pantas membantu pesakit gout tapi jika anda kekurangan bajet boleh lah mencuba Set Bajet Gout ini.

Jika anda nak dapatkan 1 set boleh hubungi saya 011-1655 3844.

Untuk belian lebih jimat sehingga 15%-20%, jom jadi ahli shaklee. Yuran keahlian hanya RM69 sahaja.

Thursday 9 February 2017

Tips untuk kurus dengan mudah

Hari ni saya nak cerita pasal nak kurus macam senang je kan sebut nak kurus📢 nak kurus📢 nak kurus📢 pastu bajet bangun esok pagi boleh kurus hehehe.. Gurau-gurau jangan marah 😉

Straight to the point la hari ni saya nak kongsi sikit info pasal Set Kurus Bajet Shaklee yang terdiri dari Alfalfa dan Lecithin. Saya percaya ramai yang dah kenal sepasang dua sejoli ni kan? Tapi jom saya perkenalan juga satu-satu supaya lebih faham dan kenal maka barulah jatuh cinta kan.

Apa itu ALFALFA??

✔ Alfafa bertindak sebagai detox semula jadi yang melawaskan sistem penghadaman dengan lembut.
✔ Menarik lemak yang teremulsi dari tindakan Lecithin ke saluran najis.
✔ Proses membersihkan segala toksin lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Apa pulak Lecithin??

✔ Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak
✔ Lecithin dinamakan pengemulsi semulajadi kerana mempunyai kesan melekat pada lemak.
✔ Okay, cerita mudah lecithin menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah  lemak dari melekat kat dinding membrane.
✔ Lecithin tidak boleh dihasilkan boleh badan tetapi sangat diperlukan boleh badan.

Rasa-rasa faham tak fungsi Alfalfa dan Lecithin ni?? Harap korang paham ye. Mesti ramai yang fikir makan je Alfalfa dan Lecithin ni lepas tu satu minggu je dah kurus.

Bukan semudah itu kerana Alfalfa dan Lecithin hanya bertindak membantu dan kita sendiri perlu berusaha. Okay, meh nak share antara tips untuk kurus. Korang mesti buat tau, nak kurus mesti usaha.

1. Niat
Mula sekali tetapkan niat atau target berapa banyak dan berapa lama kita nak kurus.

2. Pemakanan
Ini paling penting jaga pemakanan contohnya makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, sarapan pagi jangan tinggal, lebihkan sayur-sayuran dan buah buahan. Pendek kata amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang la tau.

3. Senaman
Senaman juga sangat perlu dan membantu kerana dapat membakar lemak-lemak. Selain itu senaman juga mampu menghasilkan hormon "gembira". Haa tak ker seronok sihat dapat, mood pun happy jer.

4. Air kosong
Dah jaga makan dah senaman air kosong  perlu mencukupi. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau sifir mudah 25kg : 1liter. Contoh berat kita 75kg=3liter air kosong.

Ape yang saya cerita ni hanyalah sedikit diantara tips dan petua untuk kurus sebenarnya banyak lagi tips-tips dan petua untuk kurus ni.

Nak kurus biarlah secara selamat walaupun lambat dari kita nak kurus dalam masa yang singkat tetapi membahayakan diri sendiri.

Lagi best bulan ni ada promosi Set Kurus Bajet [Alfalfa + Lecithin] BELI 1 PERCUMA 1. Rugi sangat tau kalau korang tak beli masa promosi ni. Nak order atau pertanyaan boleh hubungi IntanMiza 011.1655.3844.

Wednesday 8 February 2017

Busuknya bau badan, bagaimana nak atasi??

Ramai yang berfikir bau badan berpunca daripada peluh, tetapi sebenarnya tidak. Bau ini adalah disebabkan bakteria yang menguraikan peluh menjadi asid lemak, lalu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.



Apakah Punca Badan Berbau??

1. Mandi yang tidak bersih.
Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi. Mandi pula sekali sehari sahaja.

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam.
Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri.
Bulu ketiak dicukur setahun sekali … uweekk nak muntah. Hehe ada ke yang buat macam tu .. ?!

4. Faktor pemakanan.
Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman (sembelit) dan kegemukan.
Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

6. Faktor genetik.
Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.

7 Tips Kebersihan Diri Dan Pemakanan Untuk Atasi Bau Badan

1. Mandi dengan lebih kerap sekurangnya 3 kali sehari.
2. Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar untuk meminimumkan rembesan peluh.
3. Elakkan makan makanan tinggi choline seperti bawang putih, daging, rempah, kafein & kekacang.
4. Cukur rerambut halus yang tumbuh seperti di bahagian kemaluan serta ketiak apabila tiba waktunya.
5. Pemakaian deodoran anti-perspirant yang mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus.
6. Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh.
7. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Bagaimana Shaklee membantu masalah Bau Badan??




Sebenarnya set yang ingin saya cadangkan ini bukan sahaja untuk mengatasi masalah bau badan, malah juga membantu masalah kaki dan mulut berbau kurang menyenangkan.

Saya cadangkan anda Set Shaklee iaitu gabungan antara Alfalfa, Garlic Dan Herblax. Set ini membantu anda untuk detoks badan supaya bebas toksin antara punca yang menjadikan badan, mulut kaki kita berbau kurang menyenangkan.

Alfalfa Shaklee

✔Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

Garlic Shaklee

✔Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak dipecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Herb-Lax Shaklee

✔Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Penggunaan secara konsisten amatlah digalakkan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Saya nak 1 Set Bau Badan Shaklee!! Boleh WhatsApp saya 011-1655 3844 untuk order dan maklumat lanjut.

**********************************************
Apa, jika beli banyak tak dapat kurang harga ker? Boleh tapi jadi la Ahli Shaklee dulu yuran hanya serendah RM80(sm) dan RM90(ss). Nak jadi ahli shaklee? Jom WhatsApp saya sekarang 011-1655 3844.