Wednesday 30 April 2014

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

Vitamin C Semulajadi Dengan Pelepasan Jam Demi Jam




Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita-C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan.  Vita-C Plus™ yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*


Manfaat Utama Vita-C Plus :

1. Membentuk Kolagen

Meransang pembentukan kolagen.  Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.  Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan

Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma.  Juag menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser 

Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan.  Ia juga mampu menhapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit

Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen.  Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia

Ia memperbaiki insomnia, stres masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolestrol Sihat 

Ianya mampu mengrangkan kolestrol dan tekanan darah. mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebal dan skurvi.


Sharing is Caring 
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
 SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Kenapa SHAKLEE Menjadi Pilihan??

Kenapa perlu ambil SUPLEMEN??

1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.

2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien.  Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.

4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

5. Rutin pemakanan kebanyakkan rakyat Malaysia yang tidak hiraukan diet yang seimbang.

6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan, terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera dan sebagainya.


Kenapa SHAKLEE menjadi pilihan??




1. SENTIASA SELAMAT

Keselamatan amat penting di Shaklee dan standard yang tiada bandingannya.  Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

2. SENTIASA BERKESAN

Shaklee bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan.  Ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan.  Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen Shaklee yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa; dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran Shaklee.

3. SENTIASA MESRA ALAM

Selama lebih daripada 55 tahun Shaklee telah menjadi peneraju dalam pergerakan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau Shaklee.  Shaklee bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda juga bumi anda.




Sharing is Caring 
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
 SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Ujian ALLAH, tanda sayang!!

Assalamualaikum & Salam Sayang semua,

Dulu tak pandai berBlog-Blog ni, nak karang ayat bagai fuhhh mencabar sangat.  But, now semakin berjinak-jinak dengan Blog dah jadi cam teman baik plak kan hehehee...

Hurmm for the first time, taip Blog from my Heart cewahhhh!!!  Just nak share dengan semua yang sudi membaca tentang kehidupan kita dan serba sikit cara saya laluinye.

Ok, kehidupan kite tak pernah habis dengan persoalan kan??  Persoalan cne tue?? Contohnyer yang bujang ditanya bile nak kawen??  Yang dah kawen ditanya bila nak ada anak??  Dah ada anak sorang ditanya bile No 2??  Anak ramai plak ditanya jugak kenapa ramai sangat??  Sentiasa ada jer persoalan kan??  Jangan marah pada orang yang bertanya, sebenarnye mereka prihatin & sayang kan kite, disebabkan itu mereka ambil berat tentang kite.

Pada yang alami situasi di atas, saya di pihak anda & saya paham pe anda rasa sebab saya juga laluinye.  Rasa malu, sedih, putus asa pun ada gak.  Rezeki, jodoh pertemuan semua di tangan Allah SWT, kerja kita USAHA, IKHTIAR, DOA & TAWAKAL.  

Bila diuji oleh Allah SWT, dilambatkan rezeki zuriat, antara benda yang penting pada saya dan menjadi kekuatan pada saya adalah perkara-perkara ni.....

1. Semangat dan kekuatan dari PASANGAN
Ya memang sangat penting!!  Kata-kata semangat, dorongan, kasih sayang dari pasangan adalah paling utama sekali.  Para suami jangan sekali-kali menyalahkan isteri apabila anda diuji dengan tiada zuriat.  Sama-sama lah kite mencari jalan penyelesaian, berusaha & berikhtiar.  Jangan biarkan isteri anda kesorangan menghadapi tekanan dari kiri kanan depan belakang.  Jika anda dengar suara hati isteri, mereka sangat-sangat menginginkan melahirkan zuriat anda. Bukan 1 malah mereka mahu lahirkan ramai zuriat anda.  Sayang dan fahamilah perasaan isteri sebab mereka sangat lemah, tapi mereka akan jadi kuat dengan bantuan anda wahai suami.  Alhamdulillah dikurniakan suami yang sangat sayang dan kasih pada diri ini, walopun saya yang serba kekurangan.  Terima kasih Ya Allah.

2. Fikir POSITIF & yang baik-baik 
Memang kite selalu fikir sesuatu yang buruk-buruk jer kan??  Susah sangat nak ambil sesuatu di sudut positif & yang baik-baik jer sedangkan indahnya jika kite menjadi positif.  Rasa lebih tenang dan kehidupan kite lebih bahagia.

3. Bersangka baik dengan Allah SWT
Sentiasa bersangka baik dengan perancangan, aturan yang dilakukan oleh Allah SWT pada kite.  Saya selalu pesan pada diri sendiri perkara ni sebab sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui yang terBest buat kite.  InshaAllah kite akan bertambah tenang jika bersangka baik selalu.  Kita tak nampak ape yang Allah SWT nampak untuk kite.  Redha dengan ketentuan Allah tapi dalam masa yang sama tetap terus berusaha, ikhtiar & berdoa.  Allah SWT sayangkan kite tue sebab Dia turunkan ujian supaya kite sentiasa ingat padaNya, alangkah beruntungnye kite kan.

Sebenarnya bukan mudah nak hadapi ujian dari Allah SWT, rasa berat sangat kadang akan tertanya-tanya kenapa AKU??  Subhanallah...  Ya, saya insan yang sangat lemah banyak kekurangan.  Bila rasa mcm down jer, ingatlah Allah SWT tidak akan menguji hambaNya di luar dari kemampuan kite.  Semoga perkongsian ni memperkuatkan diri saya dan diri anda semua juga yang sedang diuji Allah SWT.  Sama-sama kita berusaha, berikhtiar habis-habisan tanpa kenal erti putus asa.  Berdoa pada Allah SWT, one day dimakbulkan doa kite.  Jom doa untuk semua orang juga, amin.

Terima kasih pada yang sudi membaca, sekadar perkongsian peringatan buat diri sendiri dan semua.




Sharing is Caring Maklumat lanjut, pertanyaan & order, 
SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Tuesday 29 April 2014

KURUS dengan Shaklee, SELAMAT & BERKESAN!!

Tengok cermin badan makin besar jer, baju-baju plak dah banyak yang tak muat, kengkawan pun ada yang dah berbunyi macam-macam, pasangan pun duk perli-perli jer kan??  Tapi ni semua tak penting badan aku suka hati aku la kan, nk gemuk ker nk kuwus ker janji tak ganggu orang kan hahahahah....

Owh jangan begitu yer sayang,,,,,
Orang yang disekeliling tue sebenarnya sangat prihatin dengan anda, jadi ape sahaja komen mereka just think positif & mereka nak yang terbaik untuk anda!! 

Ok...ce bayangkan camni yer,,,
Kalau anda kurus keuntungan semua anda yang sapu habis tau!!  Ape yang untungnye??  Banyak sangat weh...  nak pilih baju senang, rasa diri lebih yakin (keyakinan diri bertambah-tambah), kawan-kawan pun xde ms nk ngutuk-ngutuk dah (silap-silap pujian jer hehe), pasangan plak bertambah-tambah sayang (gila xsyg, comel dah tau), most important anda lebih SIHAT & CERGAS sentiasa bertenaga melakukan tugas seharian.  Kesimpulannya sikit pun xrugi kalau anda bernekad untuk kurus.




Jom kurus secara sihat dengan SHAKLEE!!!  Tertanya-tanya plak kan, kenapa Shaklee??  Sebab Shaklee ni sentiasa SELAMAT, BERKESAN & dari bahan SEMULAJADI.  Cadangan SET KURUS SHAKLEE dari saya semestinya ALFALFA COMPLEX, LECITHIN, ESP & OMEGAGUARD.  Ape yang 4 sekawan ni bantu ANDA??  Nak tau la tew kan??  OK, jom kita terjah!!



1. ALFALFA COMPLEX

Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada ALFALFA akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya ALFALFA sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.



2. LECITHIN

Pemecahan lemak dan kolestrol - LECITHIN bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.




3. ESP Soy Protein Isolate Powder

Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh. Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan serta memberikan rasa kenyang.


4. OMEGAGUARD

membantu membakar lemak (boleh membantu dalam mengawal tekanan darah, gula dan kolestrol). Membakar lemak dengan cepat, meningkatkan metabolisme, serta menghalang penghasilan lemak baru.




Haaaaa,,,,cmtue la Shaklee bantu anda, Shaklee bukan produk yang janji kurus dalam masa yang singkat tapi produk yang sentiasa selamat & berkesan.  Anda cuba dan pasti jatuh cinta bukan sahaja kurus, bonus kulit pun makin cantik, gebus gitew.

So, jangan tunggu-tunggu lagi, cepat-cepat dapatkan segera dari saya IntanMiza Pengedar Shaklee ANDA!!!  Kalau mahukan SET KURUS BASIC pun ada, don't worry bebeh.

Maklumat lanjut, pertanyaan & order, 
 SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Monday 28 April 2014

Kebaikan Shaklee ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Shaklee ESP (Soy Protein Isolate Powder) merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu.  ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.




Kebaikan SHAKLEE ESP (Soy Protein Isolate Powder)

1. Membantu pembinaan semula otot dan kulit.  Kembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat penyembuhan luka serta kurangkan kesan parut.

2. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

3. Membantu mengurangkan paras kolestrol.

4. Menyokong sistem imunisasi badan yang membantu mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

5. Menggalak sistem peredaran darah yang sihat.

6. Kaya dengan Isoflavones, yang membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.

7. Menggalak payudara yang sihat dan anjal.

8. Menggalak prostat yang sihat.

9. Membaiki pigmentasi untuk masalah rambut (gugur dan uban) serta masalah kulit (kedut dan kesan tua).


Maklumat lanjut, pertanyaan & order, 
SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KUCHING, SARAWAK

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sayang semua,,

Berita Baik untuk ANDA yang berada di KUCHING, Sarawak dan kawasan sekitarnya!!!

Ingin mendapatkan produk SHAKLEE???Produk yang dijamin sentiasa SELAMAT, BERKESAN & MESRA ALAM...

Hubungi saya IntanMiza 011-1655 3844, Pengedar Shaklee KUCHING yang SAH.



Antara cadangan SET KESIHATAN SHAKLEE untuk pilihan ANDA,


1. SET HAMIL (Trimester 1)

2. SET HAMIL (Trimester 2 & 3)

3. SET BERPANTANG

4. SET IBU MENYUSU

5. SET KESUBURAN SUAMI ISTERI

6. SET KESIHATAN LELAKI

7. SET KESIHATAN WANITA

8. SET KANAK-KANAK

9. SET KURUS BADAN

10. SET TAMBAH BERAT BADAN

11. SET KULIT CANTIK

12. SET KESIHATAN SENDI

13. SET KESIHATAN JANTUNG

Khidmat nasihat eksklusif PERCUMA dari saya khas untuk ANDA yang membeli SHAKLEE dengan saya.  InshaAllah dengan izinNya saya akan berkongsi apa sahaja yang terbaik dari SHAKLEE untuk semua.


SHARING IS CARING
Jom dapatkan SET SHAKLEE pilihan ANDA!!
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 
PENGEDAR SHAKLEE KUCHING, SARAWAK.
PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA.

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

Tuesday 22 April 2014

Panduan memilih suplemen SOY PROTEIN

INFO: 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN


1. Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic
Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic, sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.  Dan dari segi kajian, sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.

2. Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?  Sebab secara umumnya, soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural), dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan.

3. Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
Ni ciri yang amat penting.  Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol
Alcohol tu haram yelah satu hal gak, tapi kalau dicuci dgn alcohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2, etc.  Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

5. Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan
Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance.  Sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.

6. Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.  In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.

7. Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?
Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang.  Dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.  Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.

Sharing is Caring
Pilihan di tangan ANDA!!  Dapatkan SOY PROTEIN terbaik dari Shaklee.  Kenali ESP Shaklee Anda pasti jatuh cinta dengannya!!
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
IntanMiza & Akasshari
SMS/Whatsapp : 011-1655 3844 (for fast reply)

Jom Kenali ESP Shaklee

KEPENTINGAN PROTEIN

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.  Ia juga meransang fungsi psikologi.  Maka, setiap organ kita memerlukan protein.  Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun badan untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ akhirnya membawa kepada kematian.


Apa yang BEST tentang ESP Soy Protein Isolate Powder????

Merupakan Sumber "Protein Lengkap" dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi, rendah lemak dan bebas kolestrol.  Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.  ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.  Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi diserap terus ke dalam darah.  Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.  Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat tenaga.


Satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Jom berESP dengan saya!!
Maklumat lanjut, pertanyaan dan order,
IntanMiza & Akasshari (1067536)
SMS/Whatsapp : 011-1655 3844 (for fast reply)


Monday 21 April 2014

Ikhtiar Hamil dengan Shaklee

Mempunyai zuriat merupakan impian setiap pasangan yang berkahwin.  Tambahan pula, bila kita dah menyulam cinta bersama pasangan mestilah mempunyai zuriat merupakan kemuncak percintaan kita dan menambah pengikat kasih sayang suami isteri.(teringat plak kisah cintaku bersama kekasih hatiku dulu2, 7 tahun menyulam cinta akhirnya bergelar suamiku yang sah, Alhamdulillah).

Gambar Hiasan : Zaman muda remaja
Sebenarnya saya mengambil masa yang lama mencari kekuatan dan semangat untuk menulis entry berkenaan ZURIAT ni.  Mesti tertanya-tanya kenapa kan??hehe..  Sebabnya kami suami isteri masih belum dikurniakan zuriat hasil dari perkahwinan kami pada 11.11.11.  So, dah hampir 3 tahun usia perkahwinan kami, Alhamdulillah sentiasa bahagia dan semoga kekal bahagia hingga ke JannahMU Ya Allah, Amin…

Gambar Hiasan : Outdoor Picture

Apa yang saya nak kongsikan adalah mengenai SET SUBUR dari Shaklee, disebabkan kami masih belum dikurniakan zuriat maka menjadi serba salah pada saya untuk berkongsikan apa yang Shaklee ada untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kesuburan dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata.  Tetapi, setelah difikirkan dengan mendalam dan semasak-masaknya sesungguhnya kita sebagai manusia diperintahkan untuk berusaha mengatasi penyakit dengan mencari cara dan kaedah yang baik untuk mengubatinya.  Semangat dan kekuatan saya makin bertambah dengan membaca buku “ALLAH Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku”.  Mungkin pada yang membaca & mencuba produk ini diizinkan olehNya maka hamil, inshaAllah kita ikhtiar lambat atau cepat itu urusan yang Maha Esa.

Gambar Hiasan : Buku Motivasi

Baiklah jom teruskan dengan SET SUBUR Shaklee ni, untuk isteri mengandungi GLA Complex & B-Complex manakala suami mengandungi ZINC Complex & Vitamin-E Complex.


Empat Sekawan : GLA Complex, B-Complex, ZINC Complex & Vita-E Complex

GLA COMPLEX – Menjadikan hormon lebih teratur, melegakan kesakitan semasa dating haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putus haid.  Menyediakan satu keadaan yang memudahkan pelekatan sperma dengan ovum.  Bonus, kulit pun jadi halus dan cantik.

B-COMPLEX – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B utama.  Asid Folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya “spina bifida”.

ZINC COMPLEX – Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, meninggikan kiraan sperma.  Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

VITAMIN-E COMPLEX – Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum.  Jadi, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.  Solenium lengkap dalam Vitamin-E Shaklee, untuk membantu pergerakkan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.


Kami suami isteri turut berikhtiar dengan SHAKLEE, kalau nak story banyak lagi vitamin Shaklee yang saya dan suami makan.  Selain dari ikhtiar dengan Shaklee macam-macam lagi ikhtiar yang kami lakukan, jangan berputus asa ye.  

Jom sama-sama kita doakan semua yang menanti ZURIAT akan dikabulkan suatu hari nanti(untuk kami juga), lambat atau cepat bukan urusan kita.  Teruskan berdoa, usaha dan ikhtiar inshaAllah yakin dengan Allah SWT.

I wish one day, saya akan mencoretkan pulak pengalaman berharga dengan ZURIAT inshaAllah, amin, amin, amin.

Maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan produk,
IntanMiza & Akasshari (1067536)
SMS/Whatsapp : 011-1655 3844
Facebook : Intan Nur Hamizah




Thursday 17 April 2014

Set Kurus Shaklee

baju makin sendat??

seluar makin padat??

pipi makin tembam??


HAAAA!!!! Mesti ada yang tertanya soalan tu pada diri sendiri kan?? Tak perlu memalu, paham2 hehehehe....

SET KURUS Shaklee kan hado gabungan antara LECITHIN + ALFALFA, memang terbaik..

Jom baca apa yang LECITHIN & ALFALFA dapat bantu anda untuk 

kurus,,mesti nak tau kan???


LECITHIN 

 

1. Sangat terkenal dalam membantu proses pelangsingan kerana ianya bertindak untuk memecahkan lemak degil seterusnya menghalang tubuh dari mengalami masalah obesiti.  Pengambilan maksimum 6 biji sehari dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

2. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, membantu mengelmusikan lemak dan memetabolismekan lemak, menurunkan kolesterol & trigliserid dalam tubuh.

3. Antara bonus lain yang akan anda dapat sekiranya setia dengan pengambilan 4000mg Lecithin sehari ialah menghasilkan rambut yang sihat cantik berkilat, kulit yang lembut gebu, dan mencegah eczema.

4. Bonus lagi untuk ibu menyusu yang mengambil Lecithin selain menguruskan badan ialah menghalang berlakunya "clogged duct".  "Clogged duct" akan membawa masalah mastitis iaitu bengkak susu.  Lecithin dapat membantu masalah masitis dengan pengambilan yang berterusan.


ALFALFA COMPLEX 

   :  : ::

1. Merawat masalah sembelit (saya sendiri mengalami masalah sembelit dan sejak mengamalkan ALFALFA Shaklee ia lebih mudah untuk dikeluarkan,hehehe).

2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.

3. Mencuci usus bagi menyahkan toksik dalam badan.

4. Membantu melengkapkan zat & nutrien dalam pemakanan seseorang.

5. Membuang angin dalam badan.


Tapi, dengan syarat.  Set Kurus Basic Shaklee membantu anda untuk kurus sekiranya :


1. Anda seorang yang berdisiplin dalam hal ehwal pengambilan kalori seharian.  Pengambilan kalori 1200-1500 kcal sehari.

2. Anda seorang yang berdisiplin untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.  Malas bersenam?  Lebihkan aktiviti yang keluarkan peluh contohnya naik tangga untuk ke pejabat, say NO NO to lift atau berjalan kaki sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari.

3. Pengambilan air sekurang-kurangnya 3 liter sehari (25kg : 1Liter). 


<Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.>

Maklumat lanjut dan pertanyaan,
Intan Miza & Akasshari (1067536)
SMS/Whatsapp 011-1655 3844 (for fast reply)
Facebook : Intan Nur Hamizah