Monday 21 April 2014

Ikhtiar Hamil dengan Shaklee

Mempunyai zuriat merupakan impian setiap pasangan yang berkahwin.  Tambahan pula, bila kita dah menyulam cinta bersama pasangan mestilah mempunyai zuriat merupakan kemuncak percintaan kita dan menambah pengikat kasih sayang suami isteri.(teringat plak kisah cintaku bersama kekasih hatiku dulu2, 7 tahun menyulam cinta akhirnya bergelar suamiku yang sah, Alhamdulillah).

Gambar Hiasan : Zaman muda remaja
Sebenarnya saya mengambil masa yang lama mencari kekuatan dan semangat untuk menulis entry berkenaan ZURIAT ni.  Mesti tertanya-tanya kenapa kan??hehe..  Sebabnya kami suami isteri masih belum dikurniakan zuriat hasil dari perkahwinan kami pada 11.11.11.  So, dah hampir 3 tahun usia perkahwinan kami, Alhamdulillah sentiasa bahagia dan semoga kekal bahagia hingga ke JannahMU Ya Allah, Amin…

Gambar Hiasan : Outdoor Picture

Apa yang saya nak kongsikan adalah mengenai SET SUBUR dari Shaklee, disebabkan kami masih belum dikurniakan zuriat maka menjadi serba salah pada saya untuk berkongsikan apa yang Shaklee ada untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kesuburan dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata.  Tetapi, setelah difikirkan dengan mendalam dan semasak-masaknya sesungguhnya kita sebagai manusia diperintahkan untuk berusaha mengatasi penyakit dengan mencari cara dan kaedah yang baik untuk mengubatinya.  Semangat dan kekuatan saya makin bertambah dengan membaca buku “ALLAH Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku”.  Mungkin pada yang membaca & mencuba produk ini diizinkan olehNya maka hamil, inshaAllah kita ikhtiar lambat atau cepat itu urusan yang Maha Esa.

Gambar Hiasan : Buku Motivasi

Baiklah jom teruskan dengan SET SUBUR Shaklee ni, untuk isteri mengandungi GLA Complex & B-Complex manakala suami mengandungi ZINC Complex & Vitamin-E Complex.


Empat Sekawan : GLA Complex, B-Complex, ZINC Complex & Vita-E Complex

GLA COMPLEX – Menjadikan hormon lebih teratur, melegakan kesakitan semasa dating haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putus haid.  Menyediakan satu keadaan yang memudahkan pelekatan sperma dengan ovum.  Bonus, kulit pun jadi halus dan cantik.

B-COMPLEX – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B utama.  Asid Folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya “spina bifida”.

ZINC COMPLEX – Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, meninggikan kiraan sperma.  Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

VITAMIN-E COMPLEX – Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum.  Jadi, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi.  Solenium lengkap dalam Vitamin-E Shaklee, untuk membantu pergerakkan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.


Kami suami isteri turut berikhtiar dengan SHAKLEE, kalau nak story banyak lagi vitamin Shaklee yang saya dan suami makan.  Selain dari ikhtiar dengan Shaklee macam-macam lagi ikhtiar yang kami lakukan, jangan berputus asa ye.  

Jom sama-sama kita doakan semua yang menanti ZURIAT akan dikabulkan suatu hari nanti(untuk kami juga), lambat atau cepat bukan urusan kita.  Teruskan berdoa, usaha dan ikhtiar inshaAllah yakin dengan Allah SWT.

I wish one day, saya akan mencoretkan pulak pengalaman berharga dengan ZURIAT inshaAllah, amin, amin, amin.

Maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan produk,
IntanMiza & Akasshari (1067536)
SMS/Whatsapp : 011-1655 3844
Facebook : Intan Nur Hamizah




No comments:

Post a Comment