Assalamualaikum dan Salam Sayang semua.
Lamanya tak update blog ni kan, naik bersawang dah hihii. Ok hari ni IntanMiza nak kongsi resepi Kek Milo Kukus yang di"Google" dan berjaya dibuat, YEAAAA!! Happy la untuk diri sendiri kan. Tak pernah lagi IntanMiza kongsi resepi ni jadi sila lah buat yer. Resepi asal tak pasti dari blog mana jadi tak dapat la nak share link dengan korang semua. Hari tu main godek-godek jer, jumpa jer resepi yang mudah terus copy and save dalam phone.
Al kisah terjadinya Kek Milo Kukus ni sebab kat rumah ada lebihan milo lepas buat Kek Batik. Kalau untuk minum memang slow jer nak habis silap-silap mengeras macam tu jela milonya. Jadi sebagai suri rumah yang konon-konon rajin terhasil lah Kek Milo Kukus ni, tadaaaaa!!!
![]() |
Kek Milo Kukus |
KEK MILO KUKUS
Bahan A :
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
Bahan B :
3 biji telur (saya masukkan 2 biji jer)
1 sdk esen vanila
(dipukul kembang)
Bahan C :
1 1/2 cawan tepung gandu,
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
Cara-caranya :
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yang kecil. Lepas sebati, tutup api.
2. Sejukkan sekejap Bahan A dan masukkan Bahan B, kacau sebati.
3. Masukkan pula Bahan C dan kacau.
4. Tapiskan jika ada ketul-ketul sebelum masuk ke dalam loyang.
5. Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
6. Kukus adunan sehingga masak diatas api yang sederhana, *jangan terlalu kecil dan terlalu besar!!!*
7. Kukus selama 30-45 minit.
Topping :
1 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
2 sdb minyak masak
3 sdb air
Gunakan teknik double boiler sehingga coklat sebati. Jangan terlalu, dan jangan terlalu pekat.
Ok korang selamat mencuba yer, paling best suami puji "Sedapnya kek ni, lain kali buat kek macam ni jela, lagi sedap dari kek coklat". Ni kata-kata pujian dari suami siap makan bertambah-tambah lagi. Kepuasan bagi seorang isteri bila dapat mengenyangkan perut si suami alhamdulillah. Korang mesti cuba tau!!
yang guna teknik kukus ni macam mudah sikit
ReplyDeleteonlajer mmg mudah pun dan sedap,,moist jer keknya
DeleteBtl tu klu kukus sng skit.. Kt umah oven rosak.. Hehehe
Delete👍👍👍
Delete👍👍👍
DeleteWah.. mcm sedap je.. kat rumah ni pun ade jg milo yg xhabis.. boleh la nk buat..
ReplyDeletejejom buat ieda dayah,budak2 pn suke sgt ni hehee..
Deletenak kene buat launching bukak dapur yg dah berbulan not in service dulu ni :)
ReplyDeletewahhh cpt2 try tau Zara Ismail,,terbaek pny!!
Deletewahhh cpt2 try tau Zara Ismail,,terbaek pny!!
DeleteTelur tu nak guna yang gred A je kah? klu guna gred lain agak2 brapa/
ReplyDeleteSy biasa guna telur gred B 😊
DeleteSy biasa guna telur gred B 😊
Delete