Wednesday 22 April 2015

Tekan alarm kereta melalui Phone!!

Alarm kereta boleh ditransfer melalui panggilan telefon!! Korang pernah dengar tak benda ni?? Kedengaran hebat kan caranya tu?? Ada tak yang pernah cuba?? Situasi ini akan berlaku bila kereta di tempat lain, pastu kunci kereta kat tempat lain. Yang pegang kunci kena tekan alarm pastu sorang lagi dekatkan telefon dengan kereta, dunia teknologi sungguh kan? Hihii..

Alkisahnya yang berlaku terkona kek batang hidung sendiri. Encik suamiku yang dicintai terbawa kunci kereta bersama-sama dan pergi belayar. Ok, memang la setiap kereta baru didatangkan dengan dua kunci, jika satu takda kan ada lagi satu. Tapi yang ada kat rumah ni kehabisan bateri makanya tak dapat la digunakan huhuu. Bateri yang sepatutnya digantikan pun dibawanya belayar adoi!!

Sambil bercalling dengan suami terdetik la idea kat atas tu, nak cuba tekan alarm kereta melalui telefon wohaa!! Kami tak pernah try pun cara ni, so dengan gigihnya apa kata kita cuba tak rugi apa-apa pun. Harapan hanya tinggal kenangan, kereta masih tak dapat dibuka walaupun teknik tersebut digunakan. Ada ker yang berjaya dengan cara tu?? Kalau ada mungkin kami la yang tak pandai, tapi setakat ni pada kami teknik tu hanya AUTA semata kihkihkih. Takpe, belajar dari pengalaman PEACE!!

Jadi untuk menyelesaikan masalah ni sebenarnya ada cara yang lebih efisyen, kalau kereta korang sama boleh la mencuba cara ni ye.
1. Buka kereta secara manual, masukkan kunci kat lubang yang sepatutnya.
2. Bila buka pintu akan kedengaran bunyi alarm "PON".."PON".."PON".. Jangan panik ok buka je pintu tu.
3. Masukkan kunci ditempat untuk start tu pusingkan sehingga ke 'ACC'.
4. Last sekali di dashboard sila tekan butang yang ada bulat kecil kat tengah tu, sehingga bunyi "PON".."PON".."PON".. pun lenyap.
5. Kalau masih tak yakin keberkesanannya, sila keluar kereta, kunci kereta secara manual dan buka semula secara manual, selagi takda bunyi alarm 'Anda Berjaya'!!

Selagi bateri kunci kereta tak ditukar jadi kuncilah kereta anda secara manual tanpa alarm. No worries kereta masih boleh digunakan seperti biasa. Tujuan kita tekan butang tu pun untuk reset semula alarm kereta kita. Jadi uolls selamat beramal!!

4 comments:

  1. Lepas ni try kunci Rumah pulak nak hehehe...boleh tak buka Rumah kalau kunci tinggal dekat kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee jom² nti kte try yer.. Pos dulu kunci g kg 😝😝😝

      Delete
    2. Hehee jom² nti kte try yer.. Pos dulu kunci g kg 😝😝😝

      Delete
  2. Lepas ni try kunci Rumah pulak nak hehehe...boleh tak buka Rumah kalau kunci tinggal dekat kg

    ReplyDelete