Thursday 5 June 2014

TIPS : 11 Tips Santai Hilangkan Stress Serta Merta

Sakit hati, geram, gelisah, bimbang, marah, dan macam-macam lagi boleh mengundang kepada stres. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di rumah malahan juga di pejabat. Jangan sesekali bebankan diri anda dengan stres. Anda masih boleh menanganinya dengan beberapa aktiviti sihat. 

Cara mengatasi stres bagi lelaki dan wanita mungkin berbeza. Berikut adalah beberapa penelitian yang biasa dilakukan oleh lelaki dan wanita untuk menangani stres.
  • Sebanyak 54% wanita akan mengatasi stres dengan membaca sedangkan lelaki hanya 34% sahaja.
  • Untuk mengurangkan stres, lelaki lebih suka melakukan aktiviti luar seperti bersenam atau mendengar muzik. Tetapi, wanita lebih suka mendiamkan diri.
  • Wanita akan meredakan stres dengan mengambil maknan segera seperti burger, pizza dan aiskrim yang boleh menggemukkan badan.
  • Ketika stres, lelaki lebih suka marah-marah dengan cara menghentak dinding. Wanita pula melepaskan tekanan dengan lebih banyak mengomel dan meluahkan kepada orang lain. 
Terapi seperti meditasi dan makanan dilihat tidak cukup dan tidak disarankan untuk menghilangkan stres. Sebenarnya masih ada cara lain untuk meredakannya. Ayuh, cuba lakukan 11 aktiviti berikut :



1. BEREHAT SEKETIKA 
Menurut penelitian dari The California Institute of Technology, ambillah sedikit masa setiap hari untuk berehat seketika. Tarik nafas dalam-dalam dan otak anda akan mengingat dengan mudah perkara-perkara yang menggembirakan anda.

2. TAJAMKAN PANCAINDERA
Lakukan semua perkara dengan lebih sedar. Tajamkan pancaindera anda dengan merasakan permukaan gelas yang sedang anda sentuh, rasakan kesejukan air yang mengalir dalam kerongkong anda. Anda juga boleh dengarkan kicauan burung yang berterbangan di hadapan rumah anda.

3. FEEL GOOD
Cuba lihat kiri dan kanan anda ketika di pejabat atau ketika berjalan-jalan. Mungkin anda boleh memberi bantuan dengan meghulurkan sedikit wang untuk disedekahkan kepada pengemis atau melibatkan dengan aktiviti rukun tetangga di kawasan perumahan anda.

4. "SAYA TIDAK KISAH"
Kebanyakkan masa anda banyak dihabiskan degan menguruskan masalah-masalah kecil yang anda hadapi. Sesekali, cubalah untuk berkata 'saya tidak kisah' dan tenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti yang menyenangkan seperti bermain games atau hobi yang anda sukai.

5. MEMBACA DENGAN CEPAT
Mereka yang terbiasa membaca dengan cepat lebih merasa bahagia berbanding dengan mereka yang membaca dengan lambat. Menurut Profesor Emily Pronin dari Princeton Uiversity, otak jauh lebih aktif dan bersemangat ketika anda membaca dengan cepat.

6. BUNGA UNTUK DIRI SENDIRI
Apa salahnya anda membeli sejambak bunga ros untuk diri sendiri? Ciumlah wangian bunga tersebut dan segarkan mata anda dengan warna-warna menarik.

7. KUNJUNGI TEMPAT YANG TIDAK PERNAH PERGI
Biasanya seseorang yang stres akan melangkah ke tempat yang tidak pernah terfikir untuk dikunjungi. Sebagai contohnya ialah muzium, perpustakaan atau pasar pagi. Mungkin ia akan memberikan warna baru dalam hidup anda.

8. MINUM AIR REBUSAN KULIT PISANG
Penelitian dari Chung San Medical University mengatakan dengan merebus kulit pisang slam 15 minit dan minum seperti anda menikmati teh bunga chamomile dapat memberi rasa tenang dan nyaman pada badan.

9. TULIS DALAM DIARI
Tulis setiap perkara yang anda lakukan ketika anda stres. Tulislah juga perkara-perkara yang membuatkan anda merasa lebih santai dan tenang.

10. BERTERIMA KASIH
Luahkan kepada ibu tersayang atau kawan baik anda. Sekurangnya ia membantu anda mengurangkan bebanan. Ucapkan terima kasih kepada ibu yang menelefon bertanya khabar anda dan juga pada kawan-kawan yang mengambil berat dan mengajak anda keluar untuk menenangkan fikiran anda.

11. BERKELAKUAN PELIK
Sesekali anda boleh menukar karakter dari wanita yang sopan kepada 'happy go lucky'. Dengan kelakuan di luar kebiasaan, ia akan memberi kesegaran dan ketengan untuk anda. Lukis gambar-gambar lucu dan tampal pada peti ais atau di cermin bilik anda.

**Info : Majalah Kesihatan No. 1 Di Malaysia RAPI**

Sharing is Caring 
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
 SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

No comments:

Post a Comment