Thursday 5 June 2014

Kenali 9 Makanan Elak Sembelit

Pernahkah anda mengalami masalah sembelit? Sembelit adalah kesukaran untuk membuang air besar. Sembelit yang serius dipercayai menjadi punca masalah yang lebih serius iaitu buasir. Sembelit melibatkan pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Individu yang mengalami sembelit akan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar.

Masalah ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kurang minum air. Sekiranya masalah ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan, kesan lebih buruk yang mungkin dihadapi ialah masalah buasir. sembelit boleh diatasi dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakkan masalah tersebut kerap berlaku sehingga mencetuskan buasir.

9 JENIS MAKANAN ELAKKAN SEMBELIT

1. PISANG
Pisang
Seperti yang kita ketahui pisang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan memakan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Amalkan makan pisang sebiji atau dua biji sehari bagi memudahkan proses penghadaman.

2. LOBAK MERAH

Lobak Merah
 Lobak merah selain sedap dibuat masakan tumis, enak juga dijadikan jus minuman. Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus Carota L bukan sahaja boleh membantu menyembuhkan sembelit bahkan membantu mengubati sakit ketika membuang air kecil, melancarkan aliran haid dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati lobak merah ialah dengan memakan secara mentah.

3. STRAWBERI

Strawberi
Warnanya yang merah pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa geram untuk menikmatinya. Strawberi bukan sahaja sedap dimakan tetapi berkesan mengatasi masalah sembelit.

4. TIMUN

Timun
Selain dibuat ulam, timun juga enak dijadikan jus. Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi dan Vitamin C. Amalan memakan timun setiap hari tidak kiralah sebagai ulam mahupun jus dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

5. DAUN KUCAI

Daun Kucai
Kandungan vitamin B dan C yang terkandung di dalam daun kucai serta karotin dan komponen belerang, berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus. Ia juga meransang proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah.

6. TEMULAWAK

Temulawak
Temulawak mungkin kurang digunakan oleh masyarakat kita namun pengambilan temulawak secara rutin dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza amat bermanfaat untuk mengatasi masalaj sembelit. Caranya mudah sahaja. Ambil bahagian batang dan rizom(ubi) muda temulawak, bersihkan dan rebus hingga mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan ke dalam gelas. Boleh diminum ketika panas atau ketika suam dan amalkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari. Jadikan amalan setiap hari walaupun tidak mengalami masalah sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.

7. BETIK

Betik
Selalunya kita sukar membuang air besar, buah betiklah yang dicari. Ya! Buah betik mempunyai kandungan serat yang tinggi selain kaya dengan vitamin C. Betik sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit.

8. CINCAU

Cincau
Selain enak dinikmati, cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori. Ia dipercayai mampu mengatasi masalah sembelit, meredakan kembung perut dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser.

9. CIKU

Ciku
Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh mengamalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Buah ciku yang dihancurkan bersama sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi dapat membantu memudahkan proses pembungan air besar.

**Info dari - Majalah Kesihatan No. 1 Di Malaysia RAPI**


Manfaat HERB-LAX™ Shaklee : RM 52.50 (120 Biji)


Selain dari pengambilan 9 makanan di atas untuk mengelakkan sembelit, Shaklee juga mempunyai suplemen kesihatan membantu mengelakkan sembelit. Cadangan produk dari saya semestinya HERB-LAX™ Shaklee. Manfaat utama dari HERB-LAX™ Shaklee antaranya pembersihan najis yang tersekat, membantu masalah sembelit serta meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Konsultansi PERCUMA hanya untuk pelanggan Intan Miza, hubungi 011-1655 3844 untuk maklumat lanjut. Terima kasih sudi membaca.

Sharing is Caring 
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
 SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*



No comments:

Post a Comment