Thursday 29 May 2014

CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK KURUS

Bagi kita yang buntu memikirkan cara untuk menurunkan berat badan, kenapa kita tidak menggunakan cara yang MUDAH dan MURAH iaitu minum 2 liter air sehari??





Air membantu proses metabolisme dalam tubuh dengan mengubah makanan menjadi kuasa. Air berperanan sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisme. Jika kita tidak minum cukup air tubuh kita tidak dapat membakar kalori dengan baik.

Ada beberapa akibat jika bekalan air kurang daripada 2 liter air sehari seperti proses penurunan berat badan akan berjalan lambat. Hal ini kerana lebih kurang 2 liter air digunakan untuk memberi tubuh berfungsi sehari-hari. Jika kita berdiet dan berat badan masih tidak turun,mungkin hal ini adalah disebabkan kita tidak minum cukup air.

Air penting bagi proses pencernaan. Kekurangan air juga akan mengganggu proses pencernaan. Pencernaan yang terganggu kerana tubuh tidak dapat menyerap manfaat daripada makanan sebaliknya tubuh akan mengirimkan isyarat yang menandakan tubuh kekurangan bahan mineral yang diperlukan.

Kesannya kita akan berasa lapar. Hal ini ketara ketika dehidrasi dimana tubuh akan mengirim isyarat dengan bertindak balas pada makanan. Dengan meminum air, bukan sahaja dapat mengekang rasa lapar tapi juga dapat membuat kan kita berasa kenyang.

Ketika bersenam atau berolahraga, metabolisme akan meningkat. Namun air lah yang berperanan memaksimumkan metabolisme tersebut. Justeru adalah disarankan agar meminum air ketika dan selepas bersenam. The British Dietic Association menyarankan orang dewasa meminum air 2.5 liter setiap hari termasuk jus buah buahan, teh dan kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cairan tubuh yang yang mencukupi sehari hari. Jika kita sedang menjalani program diet, tambahan sebanyak 750 mililiter air adalah digalakkan.

Untuk membiasakan agar kita meminum air dalam jumlah yang disarankan, bermulalah dengan sentiasa memastikan air minuman sentiasa ada. Minumlah setiap kali berasa dahaga, ketika bangun pagi, sebelum makan ataupun selepas bersenam atau olahraga.

Saya juga menyarankan kepada mereka yang mengambil Shaklee minum air 3liter sehari atau mengikut berat 25kg:1liter air. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set kurus Shaklee, click Set Basic Kurus dan Kurus + Sihat dengan Shaklee. Saya sebagai Pengedar Shaklee yang Sah akan membantu anda. Lihat juga Testimoni Set Kurus untuk memberi anda lebih keyakinan.

info diambil dari buku ALLAH DOKTORKU,WAHYU UBAT PENYAKITKU.

Sharing is Caring 
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
 SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 

*Produk Ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.*

No comments:

Post a Comment