Wednesday 2 July 2014

KISAH => Sakit Hati Itulah Yang Dinamakan Dendam

Pernah berlaku, seorang perempuan pertengahan usia memohon bantuan untuk menyembuhkan penyakit yang dideritainya sejak beberapa tahun kebelakangan iaitu penyakit gatal-gatal. Walaupun ia telah memastikan dirinya, pakaian, makanan, rumah dan perkarangannya bersih namun penyakit gatal-gatal itu tetap dialaminya. Dari manakah hama atau kuman penyakit itu datang? Ia telah berubat ke merata-rata tempat, berjumpa doktor, dukun, pakar kulit dan sebagainya, namun penyakit tersebut tetap menyerang dirinya.

Ketika ditanya kepadanya, adakah ia pernah berasa dendam kepada seseorang, dia menjawab, "Tidak." Lalu ditanya adakah ia pernah sakit hati, kecewa atau marah kepada seseorang dan marah itu tidak terungkap. Lama ia termenung, lalu menjawab, "Ya, pernah. Saya dikecewakan oleh abang kandung saya beberapa tahun yang lalu tapi saya sudah memaafkannya."

Kaunselor menanyakan masalah yang menyebabkan ia kecewa itu, lalu ia menceritakan, "Ketika suami saya meninggal, anak-anak saya masih kecil. Ketika itu perasaan saya takut dan sedih kerana kehilangan tempat bergantung. Harta peninggalan suami hanya seadanya. Abang saya menyarankan agar harta peninggalan suami saya itu dijadikan modal perniagaan supaya berkembang. Alasannya, jika disimpan di bank, harta tersebut akan cepat habis.

"Saya dipujuknya agar menerima cadangan itu dan yang akan menjalankan perniagaan tersebut ialah abang saya. Abang saya memberi jaminan bahawa keuntungan daripada perniagaan itu akan mencukupi untuk menanggung keperluan dan kehidupan saya anak-beranak. Saya tertarik akan cadangannya itu. Hal ini lantaran saya ketika saya ketika itu sudah tenggelam punca sedangkan anak-anak masih kecil.

"Cadangan itu saya terima. Maka saya menjual semua harta peninggalan suami dan dijadikan modal perniagaan yang diusahakan oleh abang saya. Malangnya, perniagaan itu hanya berjalan dua bulan sahaja. Pada bulan ketiga dia mengatakan tiada barang yang terjual, demikian seterusnya. Bahkan setiap kali saya tanyakan tentang modal, dia marah-marah sehingga saya tidak berani lai menanyakannya.

"Dua tahun kemudian, abang saya itu membuat rumah yang cukup besar dan indah. Hati saya betul-betul sakit dan ia tidak pernah datang untuk melihat atau menjenguk anak-anak saudaranya. Saya terpaksa mencari akal bagaimana cara membiayai kehidupan sehari-hari bagi anak-anak.

"Maka saya terpaksa menjual baran-barang kemas yang masih ada untuk dijadikan modal berniaga di kaki lima. Alhamdulillah rezeki anank-anak saya banyak, barang perniagaan saya laris, sehingga dengan hasil dagangan tersebut saya dapat menyekolahkan anak-anak saya dan hidup kami tidak terlalu susah. Saya tidak pernah menemui dengan abang kandung saya sehingga sekarang kerana terlalu kecewa akan perbuatannya terhadap saya anak-beranak."

Selesai menceritakan pengalamannya, perempuan itu bernafas lega lalu berkata, "Itulah kisah saya dengan abang kandung yang sanggup menipu adiknya sediri." Kaunselor itu bertanya, "Apakah puan masih sakit hati kepadanya sehingga sekarang?" Jawabnya, "Tidak, sudah lama saya memaafkannya, lagi pula Allah SWT telah menghukumnya, rumah yang dibuatnya dengan wang saya dulu terbakar. Sekarang ini ia sakit-sakit dan telah jatuh miskin, begitulah balasan Allah SWT kepadanya."

Kaunselor itu bertanya pula, "Jadi anda berasa lega mendengar rumahnya terbakar dan jatuh miskin serta sakit?" Dia tersenyum, lalu berkata, "Allah SWT telah memperlihatkan bahawa Allah akan membalas perbuatan orang yang menganiaya anak-anak yatim." "Masihkah anda berdendam?" Tanya kaunselor. "Dendam mungkin sudah tidak ada lagi, namun saya tidak dapat melupakan perbuatan yang dilakukannya itu. Sakitnya masih terasa sehingga hari inihingga kadang-kadang saya meluahkan kepada anak-anak saya."

"Sebenarnya, sakit hati yang tidak dapat hilang itulah yang dinamakan dendam. Inilah beban batin yang anda deritai selama ini, sehingga berubah menjadi penyakit gatal itu," kata kaunselor. Ia termenung lalu bertanya, "Apa yang harus saya lakukan supaya peristiwa itu dapat saya lupakan? Saya seolah-olah merasakan peristiwa itu berlaku semalam berlaku, padahal sudah dua puluh tahun yang lalu." Dia terdiam sebentar, kemudian meneruskan kata-katanya, "Kalau difikr-fikir, saya kasihan juga kepadanya, terlalu besar hukuman Allah SWT yang diterimanya."

Kaunselr bertanya, "Mahukah puan menemuinya?" Jawabnya, "Belum bersedia." Sesungguhnya, inilah perasaan luka yang amat mendalam sehingga sulit diatasi, lebih-lebih lagi kerana masalah tersebut tidak pernah diceritakan kepada orang lain, kecuali kepada anak-anaknya. Kaunselor itu menyarankan agar ia berusaha memaafkan abangnya itu kerana mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya penipuan itu. Wanita itu dinasihatkan memperbanyakkan ibadah dan memohon keampunan kepada Allah SWT. Wanita itu juga disarankan agar melakukan puasa sunat selain puasa Ramadhan yang wajib.

**sumber - Buku Allah Doktorku Wahyu Ubat Penyakitku**

Sharing is Caring 
Maklumat lanjut, pertanyaan & order,
 SMS/Whatsapp : IntanMiza 011-1655 3844 




No comments:

Post a Comment