Tuesday 14 October 2014

"Rezeki Zuriat adalah Rahsia Allah SWT"!!

Assalamualaikum dan Salam Sayang uollss.....!!

"Rezeki Zuriat adalah Rahsia Allah SWT"!!



Tetiba pulak hari ni nak story mengenai "Rezeki Zuriat adalah Rahsia Allah SWT". Just nak share pengalaman sendiri jer tentang ni yela almaklum kami dah hampir 3 tahun berkahwin (inshaAllah 11.11.14 ni) dan masih belum dikurniakan Allah rezeki zuriat.

Hmmmm,,acaner nak cakap yer?? Tak sedih ker?? Tak kecewa ker?? Hanya Allah sahaja yang tahu camne pasaan orang-orang seperti kami ni. Sedih,kecewa,rasa down hampir setiap bulan tiap kali 'bendera merah' munculkan diri.

Pertanyaan orang ramai pulak??


Opkos la bila dah lambat ada anak ni pasti ramai yang bertanya, tak kurang juga yang membandingkan kehebatan diri dengan kami yang pada mata mereka-mereka ni seperti "tak pandai buat anak" (maaf krn ayat yg krg menyenangkan) tapi itulah hakikat manusia. Pertanyaan mereka seakan mereka tak sedar "Rezeki Zuriat adalah Rahsia Allah SWT". Kami tak salahkan mereka-mereka yang berkata sebegitu sebab jika kami tak diduga seperti ini rasanya takkan ada beza kami dan mereka malah mungkin kami lebih teruk dalam pertuturan kami. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana dugaanMu mengajar kami, mungkin dulu pernah kami terlanjur berbicara. Mohon maaf kami pada mereka yang pernah terasa hati dengan kami suami isteri.

Eh, tak mengandung2 lagi jaga badan ker??


Pernah tak anda ditanya soalan seperti ni? Waktu soalan ni ditanya, pandangan seakan gelap, mata plak berkaca-kaca rasanya tapi ditahan supaya tak menitis agar tak siapa yang tahu rasa dalam hati ni. Kalau la semua orang tahu, jika mampu kami lakukan dengan kudrat kami sendiri kami pun mahu segera memiliki anak. Kalau la orang yang tanya tu tahu, tak pernah sekali terdetik kat hati untuk merancang kehamilan saat lafaz nikah diucap suami malah waktu bercinta dulu pun tak pernah dibincangkan isu takut gemuk lepas melahirkan anak. Dan jika yang bertanya tu tahu apa kemahuan kami, hari ni bernikah kalau boleh esok dah disahkan hamil, sampai begitu tahap keterujaan nak memiliki anak. Tapi "Rezeki Zuriat adalah Rahsia Allah SWT" dan manusia hanya mampu merancang Allah penentu segalanya.

Tiap yang berlaku pasti ada Hikmahnya!!!


Mungkin sekarang kami pun tak nampak tak sedar hikmah sebenar disebalik dugaan yang Allah beri. Cuma sekarang inshaAllah kami akan lebih positif dan redha. Senang ke nak positif?? Nak redha?? Sangat tak mudah sebenarnya sebab hingga sekarang pun kami masih belajar redha. Bukan semudah kata2 jer redha tu. Selalu fikirkan ada yang lebih berat dugaan dari kami, mereka yang lebih lama kahwin dari kami tapi tetap tabah malah kasih sayang dan cinta tetap utuh. Mereka ni la menjadi idola kami, moga kami pun tabah seperti mereka kerana dugaan Allah kepada hambaNya kerana Sayang juga kerana mampu hadapi dugaan/ujian tu.

Buat kawan-kawan yang senasib dengan kami, moga anda tabah, kuat dan sabar dengan ujian dari Allah, juga bertahan dengan segala kata-kata orang yang tak memahami situasi kita. Maafkanlah mereka dan kita doakan mereka dijauhkan dugaan seperti kita aminnn. Kita ingat "Rezeki Zuriat adalah Rahsia Allah SWT", inshaAllah satu hari nanti rezeki kita bakal menyusul. Jom sama-sama kita amalkan doa ni kawan-kawan.


No comments:

Post a Comment